Home » » Sultan Selangor Tolak Permohonan Khalid Samad Mengadap Baginda

Sultan Selangor Tolak Permohonan Khalid Samad Mengadap Baginda

Written By Unknown on 21/07/2014 | 10:45 pm


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menolak permohonan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad untuk diperkenan menghadap baginda berhubung isu berkaitan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Ia ekoran surat yang dihantar oleh Khalid bukanlah surat memohon ampun.


Khalid memohon perkenan untuk menghadap Sultan Selangor selepas baginda murka terhadap tindakan MP Shah Alam itu menggesa supaya kuasa eksekutif MAIS dihapuskan.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Banir mengumumkan keputusan itu hari ini, dengan memetik kandungan surat yang dihantar oleh Khalid kepada pihak Istana Jumaat lalu.

Portal berita Agenda Daily memetik beliau sebagai berkata, jika surat itu dalam bentuk memohon maaf, ada kemungkinan baginda akan mempertimbangkannya, tetapi baginda menolaknya kerana Khalid semata-mata mahu memberikan penjelasan.

Menurut Munir lagi, baginda enggan menerima surat permohonan itu kerana "dunia sudah maklum dengan maksud kenyataan Khalid".

“Tidak ada sebab untuk beri penjelasan kepada Tuanku. Adalah lebih baik dia menjelaskan kepada rakyat, yang dia mencanangkan ke seluruh dunia supaya kuasa eksekutif MAIS dihapuskan," tambahnya.

Sementara itu, Khalid memberitahu Malaysiakinibahawa beliau tidak mahu mengulas mengenai keputusan sultan sekarang.

"Saya menganggap akan ada jawapan rasmi, kerana saya telah menulis secara rasmi, dan saya akan memberi respons selepas saya mendapat jawapan, jika perlu," katanya.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger