Home » » Singapura : Pusat Beli Belah Pecat Pekerja Bertudung

Singapura : Pusat Beli Belah Pecat Pekerja Bertudung

Written By Unknown on 15/07/2014 | 1:16 pm

Seorang wanita bertudung di Singapura dilaporkan diberhentikan kerja semata-mata kerana tudung yang dipakainya.
Tak cukup dengan itu, wanita berkenaan turut dihina apabila diarah meninggalkan premis di pusat beli belah terkenal itu menggunakan pintu servis manakala begnya digeledah pengawal keselamatan.
Kejadian ini tersebar selepas ia dikongsikan kakak mangsa, Zafirah Edwards di Facebook, Rabu lalu.
Menurut Zafirah dalam posting Facebook, adiknya sedang bekerja di bahagian pakaian sukan popular di pusat beli belah tersebut apabila melihat dua pengurus bercakap dalam bahasa Mandarin dengan seorang pekerja lain sambil membuat isyarat tangan tentang tudung dipakai adiknya.
Tidak lama kemudian seorang kaki tangan memberitahu adiknya bahawa dia tidak boleh bekerja di situ kerana memakai tudung.
Tambah menyakitkan hati, adiknya diminta keluar menerusi pintu servis dan begnya digeledah pengawal keselamatan seolah-olah telah melakukan kesalahan besar.


Susulan kejadian ini, emel daripada Ahli Parlimen Zainal Sapari yang m
eminta Kementerian Tenaga Kerja Singapura melakukan penyiasatan telah tersebar.
10525842_785729588124073_6643358004817185660_n
Difahamkan, permohonan maaf berhubung isu ini telah dibuat namun Zafirah berasakan ia tidak memadai bagi membetulkan keadaan yang telah menimpa adiknya dan kini dia masih berutus emel dengan pusat beli belah tersebut untuk mencari penyelesaian terbaik.

-newshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger