Ada yang sanggup datang dari Banting, Tanjung Malim dan seluruh lembah Klang semata-mata ingin beriadah di kawasan tersebut. Persoalannya mengapa tasik itu perlu ditembok?
Tasik buatan manusia biasanya diletakkan ditengah-tengah kawasan bandar untuk menyejukkan kawasan sekitar. Tasik-tasik seperti yang terdapat di Shah Alam juga dijadikan “sanctuari” atau tempat berlindung bagi haiwan-haiwan yang telah ada di kawasan tersebut walaupun sebelum “Shah Alam” itu sendiri wujud.
Ada desas desus dikalangan rakyat Shah Alam yang mengatakan bahawa, dengan adanya tembok seperti itu, bayaran akan diambil daripada para pengunjung.

Sekiranya perkara ini benar, ianya adalah satu perkara yang sangat dangkal kerana ianya akan membebankan rakyat Shah Alam. Sudahlah semua tempat letak kereta telah dikenakan bayaran, adakah para pengunjung tasik Shah Alam akan berdepan dengan perkara yang sama?
Kami mendapat tahu bahawa kos pembinaan untuk membuat tembok besar di sekeliling Shah Alam itu bernilai jutaan ringgit Malaysia. Tidakkah kerajaan negeri Selangor sedar bahawa wang yang digunakan untuk membuat tembok tersebut seharusnya digunakan untuk memperbaiki fasiliti yang rosak di dalam kawasan tasik Shah Alam sendiri.

Apakah pihak MBSA dan Kerajaan Negeri Selangor tidak sedar bahawa keadaan fasiliti di dalam Tasik Shah Alam seperti Gazebo, jambatan dan juga alat-alat permainan taman sedang dalam keadaan lusuh dan merbahaya untuk digunakan oleh para pengunjung.
Apa pun natijahnya pembinaan tembok besar tersebut, kerajaan Negeri Selangor dan MBSA perlu menerangkannya kepada rakyat. Sekiranya ia cadangan yang baik tiada masalah untuk rakyat Selangor dan penduduk Shah Alam menerimanya. Apakah terdapat unsur-unsur penyembunyian fakta terhadap perkara ini?
Mungkin soalan yang sama juga perlu ditujukan kepada Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid Samad, apakah beliau terlalu sibuk dengan menyerang JAIS sehinggakan lupa bahawa daerah di bawah jagaannya menjalankan pembangunan tidak terancang yang bakal merugikan seluruh penduduk Shah Alam, Selangor.
Jika selama ini Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pemerintahan Pakatan Rakyat sibuk menunding jari terhadap kerajaan lama BN sekiranya terdapat apa jua masalah yang berbangkit, kini mereka perlu mengambil tanggungjawab terhadap perkara ini. Ini adalah kerana pembinaan tembok ini berlaku di zaman Kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah Negeri Selangor dan bukannya Barisan Nasional.

foto hiasan
+ comments + 2 comments
Projek ini bagi duit kat sedara mara cuba check kat empang Batu ulu yam pun dah di pagar...
Wlu dipagar tiada kutipan sklipun.....kontrak mmbina tembok dan pagar telah berjalan ...
Ada projek adalah masyukkk nyerr...
Post a Comment