Home » » Seluar Jeans Anti Rogol Dicipta

Seluar Jeans Anti Rogol Dicipta

Written By Unknown on 07/07/2014 | 8:00 am



New Delhi – Dua wanita India mencipta seluar jean ‘antirogol’ yang boleh menghantar isyarat kecemasan kepada polis tempatan yang kemudian mampu mengesan lokasi isyarat itu dan membantu mangsa.

Inisiatif berkenaan diambil selepas beberapa siri serangan kejam di negara itu yang turut menggemparkan dunia.

Diksha Pathak, 21, dan Anjali Srivastava, 23, dari bandar Varanasi berkata, mereka meletakkan sejenis alat peranti yang apabila ditekan akan menghantar isyarat ke balai polis berhampiran.

Hampir 200 balai polis di kawasan berkenaan sudah dilengkapi teknologi untuk menerima isyarat kecemasan apabila alat itu diaktifkan.

Jika uji kaji yang bakal dilakukan bulan depan berjaya, ahli parlimen India akan memperluaskan sistem itu ke seluruh negara.

Kemarahan orang ramai tercetus kembali bulan lalu selepas kematian dua gadis masing-masing berusia 12 dan 14 tahun yang dirogol beramai-ramai dan dibunuh di Uttar Pradesh, lapor Hmetro.

- isukebabomm
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger