Home » » Restoran Mamak "Bungkus & Bawa Balik" Sepanjang Ramadhan

Restoran Mamak "Bungkus & Bawa Balik" Sepanjang Ramadhan

Written By Unknown on 02/07/2014 | 1:24 pm

IPOH - Orang ramai menyambut baik langkah Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) yang sudah mengeluarkan 100 surat peringatan kepada pengusaha restoran di negeri ini agar tidak bersubahat menjual makanan kepada individu yang tidak berpuasa sepanjang Ramadan.

Langkah itu dianggap wajar sebagai tindakan awal untuk memastikan Ramadan yang dianggap bulan mulia tidak tercemar dengan gelagat individu yang tidak berpuasa.

Tidak dibenarkan makan di restoran

Penyelia Restoran Naina Mohamed yang beroperasi 24 jam, Samsudin Noor Mohamed, 65, berkata, dia mengenakan syarat iaitu makanan yang dibeli tidak dibenarkan makan di restoran tersebut, sebaliknya hanya boleh bungkus kepada semua pelanggan Muslim pada waktu tengah hari dan petang sepanjang Ramadan.

Menurutnya, sejak syarat berkenaan dikenakan, jumlah pelanggan ke premisnya berkurangan khususnya pada waktu siang, namun tidak menjejaskan perniagaan di restoran berkenaan.

“Kita melarang pelanggan Islam untuk makan dan minum di sini (restoran) pada waktu siang. Jika nak perlu bungkus dan bawa balik.

“Tindakan ini sebagai menghormati Ramadan dan tidak mahu ada pelanggan Islam makan pada waktu siang di restoran ini,” katanya.

Samsudin berkata, premisnya akan terus beroperasi sepanjang Ramadan demi memberi kemudahan kepada orang ramai, khususnya pelanggan tetap di premisnya.

"Bagaimanapun hanya pelanggan bukan Islam sahaja yang dibenarkan untuk makan dan minum di premisnya pada waktu siang.

“Kita buka macam biasa, 24 jam sehari. Alhamdulillah, setakat ini operasi restoran ini tidak terjejas kerana ramai yang datang ke sini pada waktu petang dan lewat malam untuk menonton Piala Dunia,” katanya.

Tindakan tepat

Sementara, penyelia restoran 24 jam, Nasi Kandar de Tasek, Rafiq Rahmatullah, 27, menyifatkan tindakan tidak membenarkan pelanggan Islam makan restoran adalah langkah tepat.

Menurutnya, tindakan berkenaan dapat menghalang umat Islam untuk makan dan minum di khalayak ramai pada waktu siang di bulan Ramadan.

“Dahulu kita boleh nampak orang Islam yang tidak puasa makan. Tapi sekarang, kita tidak mahu perkara sama berulang.

“Kita hanya bungkus makanan dan minta mereka bawa makanan tersebut ke rumah,” katanya.

Rafiq turut menceritakan pengalamannya berdepan seorang lelaki yang datang ke premisnya untuk mendapatkan makanan pada waktu siang di bulan Ramadan.

Katanya, lelaki berkenaan memberi alasan makanan berkenaan dibelikan untuk anak-anaknya di rumah.

“Apa pun, kita memang tidak benarkan sesiapa pun makan dan minum pada waktu siang. Jika ada, kita akan halau,” katanya.

Beri alasan beli makanan untuk anak

Bagi penyelia Restoran Nasi Vanggey, Ibrahim Ali Asyraf Ali, 34, pula menyifatkan, alasan membeli untuk anak atau untuk bekalan orang sakit sebagai alasan biasa.

Bagaimanapun pihaknya akan tetap memberi makanan sebagaimana yang dipesan oleh pelanggan dengan syarat ia perlu dibungkus dan dibawa pulang.

“Apa yang dipesan, tidak boleh dimakan di restoran. Mesti dibawa balik untuk dimakan. Kita tidak tahu betul atau tidak alasan yang diberi pelanggan. Mungkin ada yang betul, contohnya, untuk anak-anak atau orang tua,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/...makan-1.295598

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger