Home » » Pengasas MLM Aktif Di Pulau Pinang Larikan Diri

Pengasas MLM Aktif Di Pulau Pinang Larikan Diri

Written By Unknown on 13/07/2014 | 6:22 pm

Pengasas syarikat jualan langsung YSLM yang disahkan haram, Zhang Jian (gambar kecil) dipercayai telah melarikan diri ke luar negara selepas kegiatannya terbongkar Jumaat lalu.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad berkata, syarikat itu didapati mengadakan satu majlis di Ipoh, Perak kelmarin namun lelaki warganegara China itu tidak hadir dan dipercayai telah melarikan diri ke luar negara.

“Hari ini (semalam) mereka sepatutnya mengadakan satu lagi program di Johor Bahru dan beberapa hari lagi pula di Pulau Pinang.

“Pegawai kementerian akan memantau perkembangan ini dan akan menahannya (Zhang Jian) jika dia hadir untuk diambil keterangan,” katanya.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger