Home » » Peneroka Felda Mengamuk Tidak Dapat Duit Raya

Peneroka Felda Mengamuk Tidak Dapat Duit Raya

Written By Azmy Klanajaya on 26/07/2014 | 7:00 am




Orang kata sesal dulu pendapatan, sesal kemudian padan muka dan tiada gunanya.


Itulah yang terjadi dalam beberapa minggu terakhir Ramadan ni kecoh dan kepoh bila puak-puak penderhaka di kalangan peneroka Felda bising-bising melopong tak dapat duit raya Felda dan dividen FGV yang nilainya hampir RM1000.00... wow!


Bukan tak kesian tapi kerana terpengaruh dengan puak-puak penghasut telah membuatkan segelintir peneroka berputih mata tak dapat sesen pun dari Felda raya tahun ni.


Ini semua gara-gara kerana tamakkan dan kebuluqkan duit saman yang kononnya akan mereka perolehi apabila menyaman pihak Felda yang didakwa menipu bayaran kadar perahan sawit sejak mereka masuk ke tanah rancangan dulu.


Apa kena mengena Bersih yang sibuk membela peneroka...mungkin cinabeng ini ada muslihat tertentu...



Hakikatnya harga sawit yang dibayar kepada setiap peneroka selama ini bergantung kepada harga pasaran semasa yang tidak menentu dan mengikut harga yang sentiasa berubah-ubah di peringkat global. Ia tidak sama sekali ditentukan oleh pihak Felda, kerajaan, BN atau UMNO.


Masa nak saman dulu tak ingat dunia. Sanggup aktivis-aktivis pencacai PAS keliling tanah-tanah rancangan Felda menghambur fitnah dan dusta pada Felda. Kononnya Felda telah mencuri hak peneroka dengan menipu harga sawit.


Puak-puak berkepiah yang buta ekonomi ini juga mendakwa Felda menipu peneroka apabila hanya membayar buah sawit tetapi menjual sisa buangan sawit seperti empulur dan isi rong sawit. Peneroka dihasut supaya menuntut juga harga 'sampah sawit' tersebut.


Puak-puak buta ekonomi ini juga terlalu pandai apabila membandingkan sawit harga sekarang dengan harga sawit dulu-dulu.


Dakwa mereka sepatutnya harga dulu sama dengan harga sekarang. Itulah antara menjadi asas kononnya Felda tipu harga sawit. Mereka tuntut perbezaan harga dikembalikan pada peneroka.


Segelintir peneroka dijanjikan oleh lawyer-lawyer musibat seperti N. Surendran, Sivarasa danLatifah Koya dengan habuan antara RM60,000 - RM80,000 sekeluarga jika berjaya dalam saman mereka terhadap Felda.


Maka berbondong-bondonglah peneroka yang kelabu mata membayar 'yuran penyertaan'serendah RM50.00-RM70.00 seorang demi menyaman Felda. Berangan-anganlah siang malam si peneroka tersebut...kalaulah aku dapat RM60,000 tu...wow.

Berangan sakan macam nak menang loteri dan skim cepat kaya daa...


Berbagailah cerita-cerita dongeng kononnya peneroka Felda di Kemahang 3 dah menang saman dan hidup senang lenang dengan duit hasil saman.


Hakikatnya apa yang berlaku selepas itu? Para peneroka Kemahang yang tak puas hati telah menyaman kembali lawyer-lawyer musibat yang gagal beri bayaran penuh.

Felda juga turut saman peneroka kembali. Hingga kini kes tak selesai-selesai lagi.


Baca seterusnya d SINI
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger