Home » » Pendedahan "Isi Hati" Gadis Terhadap Menteri Sukan

Pendedahan "Isi Hati" Gadis Terhadap Menteri Sukan

Written By Unknown on 23/07/2014 | 11:58 pm

Sempena Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland Menteri Belia dan Sukan; Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika ini sedang memberikan hadiah kemeja T “Malaysian Heroes” kepada pengguna twitter melalui satu kuiz.

Dalam kuiz berkenaan, Khairy bertanyakan soalan kepada pengguna laman sosial itu yang berkaitan dengan Sukan Komanwel yang merupakan temasya sukan ketiga terbesar di dunia selepasSukan Olimpik dan Sukan Asia.

Pada satu soalan yang dikemukakan, Khairy menerima satu jawapan yang begitu unik dan menarik perhatian beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

“Di manakah Venue Sukan Komanwel pada tahun 2010,” tanya Khairy dalam tweetnya.

Soalan itu kemudiannya mendapat berderet-deret tweet jawapan iaitu di New Delhi, Indiabagaimanapun ada satu yang begitu unik dan menarik perhatian.

Dengan menyatakan akaun Twitter Khairy, seorang wanita dengan nama akaun @syasyamahmud dia menjawab “di dalam hati kita berdua” menjawab soalan berkenaan.

Khairy yang nyata terkejut hanya bertanyakan “Really?” melalui twitternya.

Ekoran terkejut dan berasa unik dengan jawapan wanita itu, Khairy turut menghadiahkan sehelai baju “Malaysian Heroes” kepada syasya kerana keunikan jawapan itu.

“This #SukanKomanwelPickUpLine deserves a baju, send one over to her,” kata Khairy.

Ketika ini, Khairy sedang berada di Scotland bersama kontinjen negara yang akan beraksi memenangi tujuh pingat emas yang disasarkan untuk dimenangi kontinjen pada temasya itu.

Sukan Komanwel 2014 di Scotland akan membuka tirainya pada awal pagi Khamis pada pukul 4 pagi. – MYNEWSHUB.MY

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger