Home » » Pelanggan Koma, Peniaga Keracunan Makanan Sendiri

Pelanggan Koma, Peniaga Keracunan Makanan Sendiri

Written By Unknown on 05/07/2014 | 11:32 am

“Peniaga terbabit benar-benar Minta Maaf menyesal dengan apa yang berlaku kerana beliau juga turut mengalami sakit perut. Dengan permohonan maaf yang dibuat peniaga terbabit dan dengan kemuliaan Ramadan ini, saya membatalkan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya,” kata Hamdan Mohd Nasir, 40.

“Selepas berita mengenai kejadian yang menimpa anak saya disiarkan Harian Metro dan tersebar di Facebook, peniaga roti John terbabit ada menghubungi saya semalam (kelmarin) dan melahirkan kekesalan serta memohon maaf atas apa yang berlaku.

Hamdan adalah bapa kepada empat beradik Nurul Qaisarah Hamdan, 13, Muhammad Qayyim, 11, Nur Qatrunnada, 9, dan Nurul Qasihdayana, 4, yang terpaksa dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahiman (HTAR), Klang kerana mengalami keracunan makanan selepas menikmati juadah roti John yang dibeli di bazar Ramadan Taman Sri Muda, di sini, Ahad lalu.

Beliau berkata, keputusannya itu turut dipengaruhi keadaan anak ketiganya Muhammad Qayyim yang semakin pulih walaupun masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HTAR.

“Muhammad Qayyim sudah sedar dan menunjukkan tindak balas ketika namanya dipanggil, pagi tadi (semalam) dan ini satu petanda positif walaupun doktor ada memaklumkan jangkitan kuman akibat keracunan itu boleh menyebabkan jangkitan pada otak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, satu siasatan menyeluruh dijalankan pihaknya kerana perkara yang berlaku adalah serius.

Menurutnya, jenis kuman yang terdapat dalam roti John yang didakwa menjadi punca empat beradik keracunan makanan Selasa lalu akan dikenal pasti terlebih dulu.

Katanya, bagi memastikan perkara sama tidak berulang, pihaknya akan terus menjalankan pemantauan di bazar Ramadan untuk memantau tahap kebersihan premis yang menjual makanan serta minuman.

“Kami memandang serius kejadian ini dan berharap perkara sama tidak akan berulang.

“Saya juga ingin menasihatkan orang ramai agar memberikan perhatian kepada tahap kebersihan gerai makanan kerana bimbang kualiti makanan juga terjejas,” katanya. Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Komunikasi Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Sharin Ahmad ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menunggu laporan daripada Jabatan Kesihatan Selangor terlebih dulu sebelum sebarang tindakan susulan diambil.

Harian Metro semalam melaporkan kegembiraan empat beradik menikmati roti John sebagai juadah berbuka bertukar episod hitam dalam hidup mereka apabila dikejarkan ke hospital selepas mengalami sakit perut sehari kemudian.

Sumber

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger