Home » , » Pahang : Warga Emas Rogol 16 Kali Gadis Bawah Umur

Pahang : Warga Emas Rogol 16 Kali Gadis Bawah Umur

Written By Azmy Klanajaya on 19/07/2014 | 5:11 pm

Seorang bekas peneroka tanah rancangan yang melarikan diri semasa perbicaraan kesnya atas tuduhan merogol pelajar berusia 14 tahun sebanyak 16 kali, tujuh tahun lalu, dihadapkan semula ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan yang sama.

Che Ghazali Abdul, 59, dari Lanchang, Pahang didakwa semula setelah pihak polis berjaya menahannya semalam, kira-kira tiga tahun selepas hari terakhir dia hadir untuk perbicaraan tersebut.

Walau bagaimanapun, lelaki yang sudah berkahwin itu mengaku tidak bersalah selepas kesemua 16 pertuduhan tersebut dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Hakim Azwarnida Affandi.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol pelajar berkenaan yang ketika itu berusia 14 tahun empat bulan dalam bilik sewa yang sama di Lorong Haji Taib 2 di sini, antara pukul 2 pagi, 12 Mac 2007 dan 11.30 malam, 26 Mac tahun yang sama.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyah Ahmad mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Beliau tidak menawarkan sebarang ikat jamin terhadap Che Ghazali atas alasan tertuduh pernah menghilangkan diri semasa perbicaraan di peringkat pendakwaan pada 2008.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan pihak pendakwaan dan menetapkan 22 Ogos ini untuk sebutan semula bagi membolehkan tertuduh melantik peguam.

Che Ghazali ditangkap pada 27 Mac 2007 dan pada 6 April tahun sama dia telah didakwa di mahkamah sesyen di sini dengan perbicaraan bermula pada 2008.

Namun lelaki itu menghilangkan diri pada 27 Julai 2011 semasa perbicaraan sedang berlangsung sebelum berjaya ditangkap semula semalam

-infosenyum

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger