Home » » Negeri Sembilan ; Baling Kasut Cederakan Pelajar, Guru Di Tukar Serta Merta

Negeri Sembilan ; Baling Kasut Cederakan Pelajar, Guru Di Tukar Serta Merta

Written By Unknown on 13/07/2014 | 1:39 pm

Dalam seminggu nih, ramai yang dah tahu mengenai insiden seorang guru membaling kasut dan mencederakan pelajarnya semasa mengajar Pendidikan Moral. Banyak perkara yang tak patut berlaku di situ, sekalipun niat dan tujuan asal adalah untuk mengawal kelas atau apa sebarang alasan lain. Niat tidak menghalalkan cara.

Dalam perkembangan terbaru, guru tersebut dikatakan sudah ditukar sekolah serta merta ke sekolah lain. Guru tersebut juga telah dipanggil bagi membantu siasatan terhadap kes tersebut.




JPNS, PPD Port Dickson dan pihak sekolah juga telah mengadakan pertemuan dengan ibubapa bagi memohon maaf. Guru terbabit perlu menjalani sesi kaunseling bersama pihak kaunseling dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Dengan berakhirnya kes ini, maka semoga banyak pihak dalam kalangan kita yang mendapat iktibar dan pengajaran daripada kejadian yang berlaku. Pada sesetengah keadaan, emosi perlu dikawal serapi mungkin. Bak kata kawan, lebih baik kelas tidak terkawal daripada membiarkan emosi jadi tidak terkawal. Itu jauh lebih bahaya.

Bagi yang bukan guru, jangan merasa aneh dan pelik. Dan jangan juga anggap golongan pendidik ini juga manusia suci yang memang tak tahu nak naik angin dan tak tahu nak marah. Kadang-kadang pada keadaan tertentu, cabaran yang dihadapi memanglah sangat menguji kesabaran tahap maksima. Rasa kalau nak cuba, boleh lah mendaftar sebagai guru sementara untuk cuba sendiri pengalaman sehari dua sebagai guru.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger