Home » » Nabi s.a.w Jaga Ahlul Suffah & Asnaf, Mereka Bukan Golongan Gelandangan

Nabi s.a.w Jaga Ahlul Suffah & Asnaf, Mereka Bukan Golongan Gelandangan

Written By Unknown on 06/07/2014 | 2:04 pm


Aakj kesian lihat manusia yang kononnya hidup berlabel "Ustaz"..entah kat mana kutipnya nama gelaran yang begitu mulia dalam masyarakat...hinggakan gelaran ini akhirnya menjadi bahan senda gurau..ada yang namakan mereka Ustaz Mee Meggi..ada yang panggil mereka Ustaz Jadian dan yang paling popular..Ustaz Politik atau Ustaz Cari Makan di Pentas Ceramah.

Mereka cuba menafsirkan "bagi makan" kepada kaum gelandangan adalah sesuatu yang mulia..dengan mengaitkan amalan membantu orang miskin..tanpa sedar dan tanpa perhalusi apa itu maksud "orang miskin"..atau bahasa Quran..golongan ASNAF.

Ada juga yang cuba apikan kumpulan NGO Melayu Islam yang gerakan atau tujuan penubuhan mereka ala ala kumpulan gereja yang mana Kumpulan NGO Melayu ini tanpa sedar bahawa apa yang Gereja buat yang gunakan slogan "makanan untuk agama"..biasanya amalan ini Gereja gunakan di negara miskin..khas untuk mengkristiankan mereka yang sudah termakan suapan mingguan berupa nasi atau roti...NGO Melayu Islam buat untuk apa? Maaf..kalau untuk dapat pahala..maka tanya diri..kita bagi pada golongan yang Allah sebut dalam Quran? Atau kita mengajar manusia jadi malas..lihat gambar golongan Gelandangan ini..SIHAT ke SAKIT untuk bekerja?!!


Golongan Ustaz Jadian ni mula menafsirkan bahawa Nabi saw juga menjamu makan golongan yang miskin yang gunakan Masjid Nabawi sebagai tempat tinggal ketika itu. Ustaz Jadian ini cuba gambarkan bahawa kumpulan sahabat yang tinggal dalam Masjid Nabawi adalah kumpulan Sahabat r.a yang tidak bekerja..nauzubillah..tahukah mereka ini siapa? tahukah apa yang mereka buat untuk Islam dan Syiar Islam? Jahil tak bertempat..kesiannya..

Aakj hanya nak cakap sikit je..kesian kalau Aakj titik Golongan Ustaz Jadian dan Ustaz Megi ni..

As-Suffah, itulah nama Kumpulan Sahabat r.a yang diketuai oleh Abu Hurairah r.a.

Mereka digelar As-Suffah kerana mereka tinggal di tempat khas dalam Masjid Nabawi, kalau kita ke Masjid Nabawi sekarang pun masih ada tempat itu..belakang Makam Baginda saw..tempatnya ditinggikan dari lantai biasa..khas untuk mereka beribadat siang dan malam serta mengajar golongan yang baru memeluk Islam..itu bukan gelandangan..itu tugas-tugas khas yang Nabi saw berikan pada mereka.

Dakwah, Taklim, Ibadat dan Khidmat adalah teras amalan Ahli Suffah, malah Ulama Muktabar umpamakan mereka adalah enjin atau generator yang menyalurkan tenaga kepada seluruh Jemaah Sahabat yang bertaburan di seluruh dunia menjalankan Dakwah dan Kital..peperangan.

Jangan kita mudah tafsirkan dengan kaitkan asbabul nuzul dengan apa yang terlintas di akal fikiran kita yang amat dhaif. Silap kita tafsir maka golongan yang kurang asas agama akan ikut dengan mudah..akhirnya sesat !! bahasa kasarnya JAHIL !

Nabi saw sendiri melarang kita malas bekerja, malah juga dilarang kita menggalakkan orang lain malas bekerja.

Paling jelas bila Allah jelaskan dalam Quran dan Hadis Nabi saw tentang GOLONGAN yang layak menerima bantuan dari kita..GOLONGAN ASNAF !! kalau nak bantu maka inilah golongan yang Allah sebut supaya kita bantu dan ganjarannya amat besar disisi Allah swt, bukannya mengajar manusia pemalas dan meminta minta !!

Kita bantu kawan atau sahabat handai serta keluarga yang susah tidak sama dengan kita bantu Golongan Pemalas Kerja, maaf bukan niat aakj nak hina namun ini hakikat yang patut kita telan..pahit camana pun kalau benda betul maka kita kena luahkan.

Kumpulan yang begitu agresif ingin meniru apa yang Gereja buat wajar ambil perhatian tentang ini, paling penting kalau Warga Gelandangan ini makin besar maka NGO Kristian akan ambil kesempatan berdakwah dengan memberi makanan harian yg belum tentu halalnya..

Jangan kerana kita sibuk kejar kononnya inilah kerja Amal yang hebat..kita lupa..APAKAH ini yang Allah sebut dalam Quran dan kalau betul pun kita bagi makan kumpulan gelandangan ini..Apa NATIJAH terakhir ? Apakah yang kafir datang ambil makanan dengan kita akan masuk Islam akhirnya seperti Gereja buat..akhirnya semua murtad !!

Maaf kalau kita berlainan pendapat, Tok Guru Aakj pesan, "kita mungkin belajar satu kapal dari 7 kapal yang ada.."

..bersambung...

foto warga gelandangan..siap pakai hp tu hehe...fikirlah..


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger