Pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari terlibat dengan menggunakan kumpulan sendiri dan beberapa kumpulan lain dalam melakukan pencerobohan dan penculikan di Sabah. Insiden seorang anggota polis terbunuh dan seorang lagi diculik di Pulau Mabul itu berlaku ekoran perasaan tidak puas hati beliau kerana dipinggirkan daripada proses rundingan damai dengan kerajaan Filipina sehingga membawa kepada pembentukan wilayah autonomi Bangsamoro.
Jenayah ini dikhabarkan dilakukan oleh askar upahan yang cukup professional dalam gerak langkah dan “timing”. Mereka ini memilih untuk melaksanakan tugasan ini semasa Datuk Seri Najib berada di Esscom. Perancangan dan perlaksanaan ini agak selari dengan “citarasa” pemimpin pakatan pembangkang apabila Lim Guan Eng tanpa membuang masa telah mengaitkan insiden Pulau Mabul sebagai petanda kumpulan bersenjata tersebut tidak hormat dan pedulikan Najib. “This is just like throwing a shoe at Najib,” katanya mengulas insiden Pulau Mabul dalam sidang akhbar.
Post a Comment