Home » » #MH17 : Terkini, Pertempuran Meletus Di Kawasan Nahas

#MH17 : Terkini, Pertempuran Meletus Di Kawasan Nahas

Written By Unknown on 28/07/2014 | 7:16 pm

Pertempuran sekitar kawasan nahas MH17 menghalang kehadiran pakar penyiasat antarabangsa semalam walaupun Malaysia dan puak pemberontak sudah mencapai persetujuan bagi menempatkan polis antarabangsa di kawasan nahas.

Timbalan Ketua Organisasi Keselamatan dan Kerjasama misi pemantauan Eropah di Ukraine, Alexander Hug berkata, mereka menerima maklumat pertempuran masih berlaku di kawasan itu. 

"Keadaan di sana masih belum selamat, jadi kami mengambil keputusan untuk bergerak esok pagi," katanya

Kawasan wilayah timur Donetsk dan Luhansk masih bergolak berikutan tentera kerajaan Ukraine cuba mengusir puak pemberontak dari kawasan itu."Pertempuran itu akan memberikan kesan pada kawasan nahas," katanya.- Reuters

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger