Home » » #MH17 : Siapa Update Status Terkini Akaun Facebook Penumpang?

#MH17 : Siapa Update Status Terkini Akaun Facebook Penumpang?

Written By Unknown on 20/07/2014 | 10:38 am

Laporan yang disiarkan dalam laman portal Suara Generasi Baru itu diantara lain menyebut pertemuan Datuk Seri Hishamuddin dengan Kapten Lee Vee Weng;

“Isterinya seorang pensyarah Universiti Malaysia Sabah yang ke Eropah untuk membentangkan kertas kerja di Universiti Antwerp yang membawa adik perempuan bagi membantu menjaga anak lelaki mereka yang berusia setahun ketika dia menghadiri persidangan.

“Seseorang telah menemui iPad isterinya dan cuba menghubungi ahli keluarga menerusi Facebook yang tidak didaftar keluar. Individu itu menghantar mesej kepada kakak mangsa yang kebetulan online namun mesej tersebut dalam bahasa Rusia,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan Malaysia meminta pihak Tentera Ukraine agar mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjejaki individu terbabit.

Tegas Datuk Seri Hisham, ianya adalah amat penting bagi pihak Kerajaan Ukraine menjalankan siasatan secara bebas dalam insiden kali ini.

Malah, Kerajaan Malaysia melihat kepentingan bagi 30 orang anggota SMART diberikan kebenaran untuk memasuki kawasan tragedi secepat mungkin.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger