Donestk: Bagi seorang pengembala lembu, beliau tidak menyangka rutin harian membawa lembunya ke padang ragut di Grabovo, di sini bertukar menjadi mimpi ngeri apabila menyaksikan nahas udara yang disifatkan sebagai terburuk dalam sejarah penerbangan dunia.
Dengan bantuan penterjermah Russia, beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Ereyna, 60, mendakwa ternampak pesawat itu berkecai di udara, dengan serpihan badan pesawat berterbangan bagaikan ‘hujan meteor’.
“Banyak objek jatuh dari langit dan berselerak hingga ke kawasan padang ragut ini, sebelum disusuli letupan kuat dan asap tebal dari lokasi utama nahas, kira-kira satu kilometer dari rumah saya.
Amat mengerikan
“Melihat keadaan itu, saya bersama beberapa penduduk lain bergegas ke tempat kejadian. Suasana di tempat kejadian amat mengerikan.... tidak ubah seperti selepas dibom,” katanya ketika ditemui BH, di sini, semalam. Sumber
Post a Comment