Home » » #MH17 : Foto Masih Ada Cebisan Mayat Di Jumpai

#MH17 : Foto Masih Ada Cebisan Mayat Di Jumpai

Written By Unknown on 26/07/2014 | 12:53 pm





Pasukan penyiasat antarabangsa menuntut agar pencarian lebih teliti dijalankan di kawasan nahas pesawat MH17 selepas anggotanya menemui cebisan mayat dan serpihan bangkai pesawat sejak dua hari lalu.

Jurucakap Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah, Michael Bociurkiw dilaporkan berkata, ia perlu dijalankan bagi memastikan tiada bahagian penting yang tertinggal.

“Dua hari berturut-turut kami menemui banyak lagi cebisan mayat, tidak banyak, tetapi ia menunjukkan ia berada di situ…

“…pencarian lebih teliti di seluruh kawasan mungkin perlu dijalankan untuk memastikan tiada apa yang tertinggal,” katanya seperti dipetik dalam laporan ABC News.

Bociurkiv berkata, pasukannya turut menemui serpihan badan pesawat yang masih boleh dimasuki, dengan tingap yang masih sempurna.

Laporan ABC juga menyebut, akses ke kawasan bencana itu masih berdepan kesukaran kerana pemisah pro-Rusia menyekat akses dan mengganggu petugas operasi.

Selain petugas OSCE, pakar dari Malaysia dan Australia juga telah mengunjungi kawasan nahas, lapor ABC
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger