Ukraine : Puluhan mayat bergelimpangan di sekitar kawasan serpihan pesawat MH17 terhempas di timur Ukraine, lapor Reuters.
Seorang pekerja menyelamat dan perkhidmatan kecemasan berkata sekurang-kurangnya 100 mayat sudah ditemui sehingga kini di tempat kejadian, berhampiran Kampung Grabovo, dan serpihan pesawat berkenaan ditemui di kawasan sekitar 15 kilometer.
Pecahan sayap bertanda biru dan merah cat iaitu warna yang sama mewakili lambang syarikat penerbangan Malaysia di mana pesawatnya jenis Boeing 777 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
"Saya berada di atas traktor ketika terdengar bunyi pesawat dan letupan kuat. Kemudian, saya nampak sebuah pesawat jatuh ke tanah dan pecah kepada dua. Kawasan itu dipenuhi asap hitam yang tebal," kata seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Vladimir.
Seorang pemberontak pemisah berdekatan Krasnyi Luch, Sergei berkata, dia nampak dari balkoni rumahnya melihat kapal terbang turun dari ketinggian yang besar dan kemudian mendengar dua letupan.
Bagaimanapun, dia menafikan pemberontak menembak pesawat berkenaan. "Ini boleh berlaku hanya jika ia adalah jet pejuang atau peluru berpandu permukaan-ke-udara (yang ditembak ke bawah)," katanya kepada Reuters, berkata pemberontak tidak mempunyai senjata yang mampu menembak menembak jatuh kapal terbang pada ketinggian. - Reuters
Post a Comment