Sebuah restoran yang menyajikan arak secara terbuka kepada pelanggan di Jalan Yap Kwan Seng di sini dikesan turut mengadakan promosi bufet Ramadan kepada masyarakat Islam.
Promosi restoran atau bar itu terbongkar selepas premis tersebut diserbu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kuala Lumpur dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Operasi pertama bagi tahun ini bermula pada pukul 11.30 pagi di sekitar segit tiga emas ibu negara sebelum pemeriksaan lanjut diteruskan ke setiap premis dan hotel yang mempromosikan bufet Ramadan.
Difahamkan, restoran yang menyediakan masakan Melayu dan Arab pada harga RM75 untuk dewasa dan RM35 (kanak-kanak) itu aktif dengan penjualan arak pada waktu malam serta tidak mempunyai sijil halal.
Operasi yang diketuai oleh Penolong Pengarah Hab Halal Jakim, Muhammad Khalid Osman turut meneliti barangan asas yang digunakan dalam makanan bufet Ramadan.mstar
Kepada semua yang sering berbuka puasa di luar buatlah pilihan yang boleh menjamin tahap halal makanan yang dihidangkan.Seharian kita berpuasa rugi rasanya kita ambil mudah waktu berbuka.
Post a Comment