Kita dikejutkan dengan langkah terbaru Khalid Ibrahim yang dilihat seolah-olah mahu membersihkan GLC Selangor dari “orang-orang Azmin”. Sejak beberapa bulan yang lepas, negara digegarkan dengan “Langkah Kajang” yang dicipta oleh Rafizi untuk menyingkirkan Khalid Ibrahim dari jawatan Menteri Besar Selangor. Kini asakan itu agak reda walaupun ianya masih agak “panas” dengan pengumuman palsu di media sosial bahawa Khalid Ibrahim telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dengan berjumpa DYMM Sultan Selangor.
Penganalisis politik menjangkakan gerakan menyingkirkan Khalid Ibrahim ini akan bertambah agresif selepas Hari Raya Puasa nanti. Bahang ini seolah-olah turut dapat dirasakan oleh Khalid sendiri. Oleh itu tindakan Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Husin yang dilaporkan berkata, Menteri Besar Incorporated (MBI) akan melakukan kajian dan meneliti pencapaian anak-anak syarikat di bawah Pemerbadanan itu dengan tujuan membuat penambahbaikan dilihat sebagai mempunyai agenda tersembunyi.
Post a Comment