Home » » Kes Pukul Anak Di Sweeden : Bapa Bebas, Ibu 3 Bulan Lagi

Kes Pukul Anak Di Sweeden : Bapa Bebas, Ibu 3 Bulan Lagi

Written By Unknown on 10/07/2014 | 11:52 am

Kuala Lumpur: Azizul Raheem Awalludin yang dipenjara kerana kesalahan memukul keempat-empat anaknya dalam beberapa insiden sejak September 2010 sehingga Disember tahun lalu dibebaskan hari ini.
Bagaimanapun isterinya, Shalwati Nor Shal hanya akan dibebaskan tiga bulan lagi kerana dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan.

Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin ketika mengesahkan perkara itu berkata, ketika ini Azizul akan diberi ruang untuk berehat sebelum bertemu isterinya.

Katanya, Pengarah Tourism Malaysia itu akan pulang ke tanah air pada Selasa depan dan dijangka terus menemui anak-anaknya di Wakaf Tok Wali, Melor, Kelantan.

Azizul dibebaskan hari ini pada jam 5 petang (waktu Malaysia) dan dia dibawa ke kedutaan kita di Stockholm untuk berehat.

Kita juga meminta pada pihak berkuasa Sweden untuk dia berjumpa Shalwati di tempat dia ditahan yang mengambil masa tiga jam perjalanan. Ini adalah kali pertama dia melawat isterinya sejak ditahan," katanya kepada Harian Metro.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger