Home » » Kelantan : Foto Pencuri Tabung Masjid Lepas Terawih Di Berkas

Kelantan : Foto Pencuri Tabung Masjid Lepas Terawih Di Berkas

Written By Unknown on 12/07/2014 | 3:18 pm

Padah mencuri wang tabung masjid, seorang lelaki ditangkap penduduk kampung di Masjid Kadok di sini, malam kelmarin.

Lelaki terbabit dipercayai melakukan kegiatan itu dengan mencungkil tabung masjid menggunakan lidi. Bagaimanapun perbuatannya berjaya dikesan penduduk kampung ketika sedang cuba mendapatkan wang dalam tabung berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, lelaki terbabit berjaya ditangkap orang awam selepas solat tarawih.

“Dipercayai wang dalam tabung yang dicuri berjumlah kurang daripada RM30. "Namun ketika dia ditahan, tiada wang dalam simpanannya dan perkara ini telah diselesaikan keluarga lelaki terbabit dengan pihak masjid," katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit bagaimanapun ditahan semula selepas positif ujian air kencing dan gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri.

Sumber


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger