PAS melalui Ketua Penerangan Dewan Pemuda Kedah,Ahmad Tarmizi Sulaiman dalam satu kenyataan kepada media berkata bahawa pihak mereka mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan yang dibuat oleh Dr. Mashitah itu kerana beliau dilihat sengaja cuba memburukkan intitusi pondok di seluruh negara.
Dalam kenyataan itu, Ahmad turut menafikan kenyataan Dr Mashitah bahawa institusi pondok yang kebanyakan digerakkan oleh ulama PAS menjadi tumpuan pihak yang berfahaman militan untuk dijadikan pejuang kepada organisasi mereka sambil menyifatkan kenyataan Mashitah itu dilihat hanya cuba mencari pasal sahaja.
"Kenyataan melulu Dr Mashitah ini boleh dianggap sebagai ‘kenyataan cari pasal’ yang bakal memusnahkan usaha kerajaan BN untuk berbaik-baik dengan institusi tua ini selepas institusi ini diburukkan serta dipinggir teruk pada zaman pentadbiran Tun Mahathir dahulu." ujar Ahmad dalam kenyataannya itu.
Ahmad turut menyifatkan kenyataan yang dibuat Mashitah ini adalah satu fitnah yang dasyat kerana beliau sendiri tidak mempunya bukti yang kukuh dengan dakwaanya itu sambil menyarankan agar beliau segera bertaubat dan Ahmad turut tidak menolak kemungkinan hal ini ada kaitan dengan yayasan yang ditubuhkan beliau pada tahun 2010.
"Apa yang dituduh oleh Dr Mashitah ini adalah fitnah yang sangat besar, yang beliau sendiri tidak boleh mengemukakan bukti dengan cara yang lengkap. Mungkinkah kenyataan Dr Mashitah ini sebagai tanda kemarahan beliau terhadap institusi pondok yang pernah menempelak tindakan beliau menyenaraikan 28 pondok di bawah Yayasan beliau itu." tambah beliau lagi.
Sebelum ini,Majlis Guru Pondok yang dianggotai 28 pondok pengajian Islam di Kedah tahun 2010 pernah sebulat suara menolak penyertaan mereka ke dalam Yayasan Pembangunan Pondok 1 Malaysia (YPP1M) yang dilancarkan oleh Dr Mashitah pada tahun tersebut.
Merujuk kepada isu ini, Dr Mashitah dalam satu sidang media beberapa hari lepas berkata bahawa Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) yang dinaunginya mencadangkan kerajaan persekutuan dan negeri mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi memantau institusi pondok di seluruh negara.
Bagi beliau, institusi pondok kini yang bercambah pesat tanpa ada pengawasan dari pihak berkuasa dikhuatiri menjadi tempat penyebaran fahaman ekstremis dan berpotensi digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawan untuk mengaut keuntungan peribadi.
"Inilah yang membimbangan kita dan perkara penting ini yang kita bincangkan (masalah fahaman ekstrem). Sehingga kini YPPM sendiri tidak mempunyai kkuasa untuk memeriksa atau mengambil tindakan terhad apa mana-mana isntitusi pondok di negara ini, tetapi YPPM ada mendapat maklumat mengenai pondok yang senang diubuhkan walhal pelajarnya hanya terdiri daripada kaum keluarga dan sanak saudara,” ujar beliau kepada media.
Post a Comment