Home » » Kedah ; Warga Emas Tercekik Nasi Ketika Tangkapan Tidak Berpuasa

Kedah ; Warga Emas Tercekik Nasi Ketika Tangkapan Tidak Berpuasa

Written By Unknown on 12/07/2014 | 11:15 am




Sungai Petani: Seorang warga emas berusia 56 tahun yang sedang menjamu selera tidak mampu bercakap kerana tercekik nasi akibat terkejut apabila melihat sepasukan pegawai Pejabat Agama Daerah Kuala Muda (PADKM) menyerbu sebuah kedai kopi di Tikam Batu, dekat sini, semalam.

Dalam serbuan jam 11.30 pagi itu, kira-kira 10 lelaki bertempiaran lari sebaik menyedari kehadiran pegawai PADKM dan penguat kuasa Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK), tetapi malang menimpa warga emas itu kerana tidak mampu berlari disebabkan menggunakan tongkat.

Ketika disoal siasat, warga emas berkenaan mengaku sedang makan sepinggan nasi berlaukkan ikan dan meminum kopi ais mendakwa dihantar oleh rakannya ke kedai kopi itu untuk makan.

Malah, warga emas berkenaan yang menggunakan tongkat akibat serangan angin ahmar itu mendakwa datang ke kedai kopi milik bukan Islam itu untuk menjamu selera kerana ia menjual masakan Melayu berikutan pemiliknya mengupah tukang masak Melayu untuk memasak lauk-pauk.


Ketua Penguat Kuasa PADKM Zaiferi Zainul Abidin berkata, warga emas terbabit diambil keterangan dan akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 14 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 dengan dia boleh didenda RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan jika sabit kesalahan.

Sumber: myMetro/realitiabadi

foto hiasan
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger