Bulan Ramadhan banyak memberi rezeki-rezeki kepada peiaga makanaan. Jika ikhlas meniaga, pahala puasa pun dapat, pahala meniaga pun kita dapat.
Biasanya gerai-gerai makan akan dibuka seawal jam 3 petang dimana peniaga akan mula bersiap sedia dengan segala macam makanan. Bagaimanapun ada yang mengambil kesempatan memulakan perniagaan lebih awal dan untuk orang Islam yang tidak berpuasa.
Di Kedah, TV9 telah membongkarkan satu aktiviti perniaga makanan untuk orang Islam yang tidak berpuasa. Aktiviti tersebut dimulakan seawal jam 7.30 dengan menggunakan sebuah kereta diisi dengan makanan dalam bonet dan dijual di tepi jalan.
Menurut laporan itu sesiapa sahaja yang ingin membeli hanya perlu berhentikan kenderaan berhampiran dengan kereta peniaga berkenaan. Bagi penunggang motosikal biasanya dengan helmet dengan penutup muka yang gelap. Bagi pemandu kereta pula mereka hanya perlu membuka tingkap.
Siasatan menuntukkan yang perniagaan itu sangat laris sehingga hanya nasi bungkus lauk telur dan ayam sahaja yang tinggal menjelang tengah hari. - SiakapKeli.com
Siakapkeli
Post a Comment