Home » , » Hina Berhala Hindu ; Ustaz Pas Melutut Merayu Minta Maaf

Hina Berhala Hindu ; Ustaz Pas Melutut Merayu Minta Maaf

Written By Unknown on 31/07/2014 | 4:26 pm



Aakj ; Bagaimana dengan Paderi bangsat yang hina Kalimah Allah dan hina mahkamah..berapa banya repot polis dah buat? apa tindakan terhadapnya dan ada si bangsat ni nak minta maaf kerena timbulkan ketegangan umat Islam Malaysia?

Berani ke Presiden MIC nak tegurPaderi bangsat ni? Aakj tolak ketepi isu Ustaz politik ni berlabel Pas..isu ini kena tengok secara menyeluruh..Adilkah kita ?!!


Baca apa portal pro pakatan haram tulis :


Pendakwah bebas Ustaz Shahul Hamid Seeni Mohd semasa sidang media di mana beliau memohon maaf kerana kenyataan yang dibuatnya dalam ceramahnya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 31 Julai, 2014. Pendakwah bebas Ustaz Shahul Hamid Seeni Mohd hari ini tampil mengemukakan permohonan maaf dan menafikan niat menghina kaum India atau agama Hindu dalam ceramahnya empat tahun lalu.

Pendakwah daripada Pulau Pinang itu berkata, beliau tidak berniat menyinggung perasaan mana-mana pihak apabila melarang membeli produk Hindu seperti serbuk kari Alagappa’s dan Baba’s di hadapan penonton.

Beliau dalam ucapannya empat tahun lalu turut mempersendakan patung dewa Hindu yang terletak dihadapan premis kilang Alagappa’s di Bukit Mertajam.

“Bukan niat saya untuk menghina dan mencetuskan ketegangan kaum.

“Saya cuma hendak tarik perhatian pendengar,” katanya pada sidang media di masjid daerah Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang hari ini selepas kenyataannya direkodkan polis.

Shahul menimbulkan kemarahan penganut Hindu apabila rakaman videonya menghina agama terbabit dimuat naik di YouTube.

Semalam, Pemuda MIC dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan protes di Brickfields, mendesak pihak berkuasa mengenakan tindakan tegas terhadap Shahul.

Di George Town, Pulau Pinang semalam, 30 wakil MIC, Parti Progresif Penduduk (PPP) dan beberapa NGO India membuat laporan polis, menjadikan 400 jumlah keseluruhan laporan dibuat ke atas Shahul di seluruh negeri.

Pendakwah itu dalam rakaman berkata: “Jika kamu pergi ke kilang Alagappa’s dekat Permatang Pauh, kamu tengok dekat pintu gerbang ada kepala tokong terjelir lidah panjang. Tuan-tuan tahu kenapa dia jelir lidah? Pasal mana yang rempah baru tokong kena rasa dulu sebelum jual.”

Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel dalam kenyataan hari ini juga menyatakan bukan tugas Shahul untuk mengkritik kepercayaan Hindu.

Shahul juga meminta maaf kepada masyarakat beragama Hindu dan rakyat Malaysia dalam akaun Facebook dan menyiarkan video maaf kerana kenyataannya sebelum ini.

Beliau mengulangi dakwaan tidak sedar ceramah yang sudah lama itu direkodkan dan dimuat naik dalam media sosial.

“Sejujurnya saya minta maaf atas kenyataan itu dan mungkin menghina komuniti India beragama Hindu. Saya jamin perkara ini tidak akan berulang… ini kali terkahir,” katanya.

Shahul berkata beliau sedar dirinya juga berketurunan India.

“Saya rela berjumpa pemimpin masyarakat India dan menjelaskannya sendiri.

“Saya juga berharap laporan polis yang dibuat terhadap saya ditarik balik dan saya tidak akan dikenakan hukuman.

“Saya harap ada peluang untuk saya perbetulkan keadaan,” katanya.

Beliau turut menafikan membuat kenyataan itu atas kapasitinya sebagai ahli PAS.

“Kalau beri ceramah saya buat atas kapasiti sebagai seorang penceramah peribadi bukan ahli PAS. Saya tidak pegang apa-apa jawatan parti.

“Saya tidak faham kenapa hendak dijadikan isu, kenapa hendak kaitkan dengan parti politik,” katanya.

Beliau turut mengakui menerima ugutan bunuh melalui panggilan telefon dan Facebook sejak video itu tersebar dan sudah membuat laporan polis mengenainya.

Sebelum itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata semua rakyat Malaysia perlu bersatu demi mempertahankan keamanan dan keharmonian negara.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, Shahul sudah pun meminta maaf dan isu itu perlu dihentikan segera.

Katanya, isu itu akan menyemai kebencian masyarakat jika terus dimainkan. – 31 Julai, 2014.

The Malaysian Insider : Bahasa
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger