Home » » Hiasan Berhala Hindu Disebalik Ayat Quran

Hiasan Berhala Hindu Disebalik Ayat Quran

Written By Unknown on 28/07/2014 | 6:55 pm

Pernahkah, anda didatangi penjual yang berupa seperti seorang warga Pakistan dan mereka menjual barang hiasan untuk digantung di dinding rumah berbentuk seperti ayat Al-Quran?

Biasanya, sesekali anda akan dikunjungi jurujual sebegini dan mereka akan bercakap mengenai kebaikan meletakkan hiasan sebegitu di rumah.

Bagaimanapun, ada pengguna yang ditipu oleh jurujual sebegini apabila menggunakan poster dewa agama Hindu dan ia ditampalkan sahaja dengan kertas pelekat ayat Al-Quran berkenaan.

Jelas tindakan jurujual itu semata-mata ialah mengaut keuntungan dengan hanya menggunakan poster yang ditampal di belakang poster dewa Hindu dan ia dijual dengan harga yang mahal jauh dari harga sebenar barang-barang itu.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja menyentuh sensitiviti umat Islam tetapi juga ia jelas mengganggu sensitiviti penganut Hindu juga.

Diharapkan pihak bertanggungjawab akan memulakan usaha menyiasat penjualan bahan hiasan tidak bertanggungjawab ini kerana ia akan menjadi satu perkara bahaya jika ia terus berleluasa. -sumber

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger