Home » , » Guan Eng Lancar Samarata Agama Di Penang?

Guan Eng Lancar Samarata Agama Di Penang?

Written By Unknown on 23/07/2014 | 12:35 pm


Selama ini kita boleh lihat bahawa pihak pakatan pembangkang telah melakukan berbagai-bagai perkara dalam usaha mereka mencalarkan kredibiliti agama Islam sebagai agama rasmi negara. Mereka mempertikaikan tindakan jabatan agama Islam yang mengambil tindakan terhadap usaha memurtadkan umat Islam.
Begitu juga apabila pihak jabatan agama Islam merampas penjualan arak dari dijual dikawasan yang majoritinya merupakan penduduk dan pelajar yang beragama Islam maka pihak pakatan pembangkang “mengaum” memprotes dan memecat individu yang terbabit dalam menegakkan syiar Islam.
Baru-baru ini pula Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad telah mendedahkan bahawa umat Islam di Pulau Pinang sedang menghadapi tekanan dan kekangan yang mengakibatkan mereka terpaksa tunduk kepada “cara” pakatan pembangkang yang cuba memperlekehkan agama Islam sebagai agama rasmi dengan meletakkan agama-agama lain setaraf dengan agama Islam. Ini merupakan antara fasa pertama mereka dalam usaha menghapuskan agama Islam sebagai agama rasmi negara. 
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger