Home » » Ganti Menteri Besar Selangor Perlu Perkenan Sultan - Khalid Ibrahim

Ganti Menteri Besar Selangor Perlu Perkenan Sultan - Khalid Ibrahim

Written By Unknown on 23/07/2014 | 12:18 am

KENYATAAN MEDIA
22 JULAI 2014
PENGGANTIAN DAN PELANTIKAN MENTERI BESAR PERLU PATUHI UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI

Saya menghormati keputusan politik Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) yang mencalonkan Presiden Keadilan, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail iaitu isteri kepada Ketua Umum PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar yang baharu.

Namun begitu, saya tetap akan berpegang teguh kepada Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang menetapkan tatacara yang khusus bagi perlantikan atau penggantian Menteri Besar.
Saya percaya mereka yang terlibat dalam usaha ini perlu melalui proses-proses tersebut untuk mencapai matlamat yang  mereka inginkan dan perlu mendapat perkenan daripada Duli Yang Teramat Mulia Sultan Selangor.

Segala proses tersebut perlu diselesaikan dahulu dan selagi ianya tidak selesai maka saya akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah seperti yang telah diamanahkan oleh rakyat Selangor  yang telah memilih saya melalui proses pemilihan yang sah.

Saya berharap rakyat Selangor tidak mudah terpengaruh dengan berita-berita fitnah, bersifat provokasi dan kontroversi khasnya daripada beberapa pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri kerana Negeri Selangor mempunyai tatacara pelantikan Menteri Besar secara tertib dan beradab seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Pada masa yang sama, saya ingin menegaskan kepada seluruh rakyat Selangor bahawa isu ini tidak sedikit pun menjejaskan  sistem
pentadbiran negeri.

Buat seluruh rakyat Selangor. Berfikirlah secara rasional kenapa perlu tergesa-gesa Parti Keadilan Rakyat (PKR)  melantik Menteri Besar dan ianya adalah isteri kepada Ketua Umum PKR sendiri serta bukan daripada rakyat Selangor sendiri? Tepuk dada, tanya iman. Inilah sikap akibat haloba dan ketamakan kepada jawatan sehingga sanggup menjadikan rakyat sebagai mangsa keadaan.

YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Share this article :

+ comments + 1 comments

7/23/2014 6:29 am

Anwar target duit Selangor RM2b tu utk PRU14 nanti atau nak bawa duit tu ke Israel atau terpaksa utk bayar balik duit yahudi kerana gagal tawan PRU13 yg lepas...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger