Home » » Foto Terkini Adik Firdaus, Alhamdulillah Makin Berisi

Foto Terkini Adik Firdaus, Alhamdulillah Makin Berisi

Written By Unknown on 24/07/2014 | 11:59 am

SEREMBAN: Remaja kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah, 15, dibenarkan keluar dari Hospital Tuanku Jaafar, jam 9.40 pagi tadi.

PENYELIA Jururawat, Darwisah Idris dan K Malathy mengambil kesempatan memeluk dan beramah mesra bersama remaja kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah, 15 yang kelihatan ceria selepas dibenarkan keluar dari Hospital Tuanku Jaafar Seremban, pagi ini. - Foto Iqmal Haqim Rosman

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Abdullah Hanapi, berkata Firdaus akan dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban bagi membolehkan JKM mendapatkan perintah hak penjagaan sementara terhadap remaja itu. 

Katanya, hak penjagaan sementara selama sebulan itu dibuat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 yang membolehkan Firdaus ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah, di sini. 

"Sepanjang tempoh itu, pegawai JKM akan menyediakan laporan sama ada Firdaus akan ditempatkan secara kekal di Taman Sinar Harapan atau tidak," katanya hari ini.

Firdaus ditemui dalam keadaan menyedihkan dengan tubuhnya kurus kering dalam sebuah rumah yang kotor ketika operasi Jabatan Imigresen memburu pendatang tanpa izin, di Taman Semarak, Nilai pada 21 Jun lalu. 

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger