Home » » Foto Ngeri 7 Penjenayah Seksual Di Hukum Penduduk Sampai Mati

Foto Ngeri 7 Penjenayah Seksual Di Hukum Penduduk Sampai Mati

Written By Azmy Klanajaya on 24/07/2014 | 10:39 am

Mexico: Foto mengejutkan ini menunjukkan bagaimana mayat tujuh lelaki yang ditemui atas kerusi plastik ditembak di kepala dengan mesej ancaman dipaku pada dada mereka menggunakan alat pemecah ais.

Satu pelekat pada satu mayat berkenaan yang ditemui pagi semalam di Uruapan, negeri Michoacan berbunyi:

“Amaran! Inilah yang berlaku kepada pencuri, penculik, penyerang seks dan pemeras ugut.”

Tujuh mayat yang mempunyai kesan kecederaan ditembak didudukkan di atas kerusi dekat bulatan jalan raya, kata pihak berkuasa tempatan. Pejabat pendakwa raya tidak memberikan motif pembunuhan itu.

Mayat berkenaan ditemui dengan kaki dan tangan terikat di luar kilang air minuman Pepsi. Kumpulan lelaki terbabit dipercayai berusia antara 15 hingga 40 tahun. Mayat ditemui kira-kira jam 5.30 pagi waktu tempatan. Sementara itu, tujuh lagi orang dibunuh di bandar berjiran Guerrero, Mereka terdiri daripada empat orang awam dan tiga ejen persekutuan yang bercuti daripada bertugas.

Tiga ejen itu dikejar oleh kumpulan lelaki bersenjata ketika berjalan menuju ke sebuah bank dan dibunuh selepas cuba berlindung di hotel berhampiran, kata polis.

Kedua-dua negeri di pantai barat Mexico itu menyaksikan peningkatan keganasan sejak beberapa tahun kebelakangan ekoran kegiatan kartel dadah. Kira-kira 70,000 orang terbunuh dalam kejadian keganasan dikaitkan dengan dadah di Mexico sejak tujuh tahun lalu.

President Enrique Pena Nieto yang mula memerintah Disember lalu berikrar membendung keganasan yang mencemar imej negara itu sebagai destinasi pelancongan dan menghalang kehadiran pelabur asing. ~ Sumber

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger