Foto Banduan Jadi Model Pakaian Muslimah
SEMARANG: Ramadan memang menjadi bulan yang membawa banyak berkat, termasuk dalam kalangan banduan wanita yang ditahan di Semarang Tengah, Indonesia.
Buat pertama kali sekumpulan banduan wanita di pusat tahanan itu diberi penghormatan menjadi model memperagakan pakaian.
Namun bukan pakaian yang menjolok mata, sebaliknya mereka diberi pakaian muslimah lengkap dengan tudung dan kemudian diadili untuk memilih model terbaik.
Tidak cukup dengan itu, mereka turut diberi penjelasan mengenai cara yang betul memakai hijab menurut aspek syarak melalui kelas ringkas diberikan.
Saksi berkata, banduan wanita terbabit sangat teruja dengan peluang diberikan untuk kali pertama itu.
Pemenang pertama pertandingan peragaan itu, Putri, mengaku dia mendapat banyak manfaat daripada acara berkenaan.
Katanya, dia diberi pendedahan mengenai banyak perkara serta maklumat baru mengenai pakaian.
"Banyak benar informasi, ilmu dan pengalaman yang kami dapat mengenai amalan berhijab yang mengikut syarak," katanya.
Sementara itu penyelaras Hijabers Mom Community (HmC) yang menganjurkan acara itu, Ira Aira berkata, ia diadakan sebagai aktiviti serampang dua mata untuk banduan terbabit.
"Selain memperkenalkan cara muslimah berbusana mereka juga berpeluang mempamerkan bakat masing-masing melalui pertandingan peragaan," katanya yang menampilkan tema "Rumah di Syurga". -sumber
Post a Comment