Home » » "Kiki CDM25" Waa Caya Sama Lu - Aakj

"Kiki CDM25" Waa Caya Sama Lu - Aakj

Written By Unknown on 17/07/2014 | 12:05 am

Kecoh satu Malaya dengan Video Wanita Melayu yang begitu berani pertahankan haknya..itu pandangan Aakj.

Yaa dari satu sudut pandangan memang nampak Kiki salah sebab menghentak kereta pemandu Cina yang langgar keretanya.

Aakj lihat pada isu pokok..siapa yang salah dalam insiden ini..dan sebagai wanita yang selalu dibuli dalam mana-mana insiden pelanggaran kereta motor..tindakan Kiki dianggap berani dalam pertahankan haknya dalam kes ini.

Bayangkan kes ini kalau terkena pada keluarga kita yang bergender "female"..ada yang terus ditengking walaupun mereka tidak salah.

Usahlah kita lihat hanya dari satu sudut kononnya ganas..itu reflec action bila ada sesuatu yang menyakitkan hati terjadi.

Kepada pemandu wanita..beranikan diri anda dalam situasi begini..

Aakj juga kesal ada pihak dedahkan butiran peribadi Kiki seolah olah beliau penjenayah..memang kereta itu bukan namanya dalam gran..beliau seorang pengusaha wedding planner kalau tak silap dan mendaftarkan keretanya atas nama syarikat..

Isu dia minta pampasan tidak timbul..kalau kereta Aakj kena sikit pun..aakj minta dicatkan seluruh kereta..anda bagaimana..heh !!

Kiki..aakj salute !!

Ini pandangan sahabat aakj :


"Melayu Mudah Lupa"

Kecoh cerita budak perempuan Melayu#CDM25 . Kepoh nya Melayu sampai bukak seluruh maklumat keluarga wanita Melayu CDM25 tu. Melayu memang juara bab bab Kepoh ni dan dalam isu CDM ni Melayu tukang Kepoh paling utama.

Bab satu hal lain pulak Chauvenist ambil kesempatan dalam hal ni terus perlekehkan sikap orang Melayu dengan menyatakan Melayu Racist, Kejam, biadap dan bla bla bla. Teruk wanita Melayu CDM25 tu kena belasah bukan sahaja dari kalangan orang Melayu tapi dari kalangan Chauvenist jugak.

Apa salah perempuan CDM tu? Dia boleh di kategorikan sebagai Pembuli jalanraya dan hal tersebut terserah pada pihak Polis untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan undang undang jika di dapati bersalah.

Ni Alvin dan Vivian yang hina umat Islam di bulan ramadhan dengan menyuruh makan Daging Babi Melayu dah lupa? Sedar atau tidak sampai sekarang Alvin dan Vivian masih bebas belum memohon maaf di atas kebiadapannya pada Ramadhan yang lepas?

"Melayu mudah lupa"

Wanita CDM25 tu pun insan yang tak lari dari melakukan kesilapan. Kita sepatutnya berikan peluang kepada beliau bukan membunuh beliau dan periuk nasi beliau. Jangan jadi Melayu yang jahanamkan Melayu.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger