Home » » Beri Tender Kepada Syarikat Israel : Astro Tidak Hiraukan Boikot

Beri Tender Kepada Syarikat Israel : Astro Tidak Hiraukan Boikot

Written By Unknown on 26/07/2014 | 11:19 am



Aakj dah agak bahawa Astro kekal pertahankan tindakan urusniaga mereka..bagi Astro yang nak boikot sangat ni adalah umat Islam di Malaysia je..yang berbangsa Melayu dan yang paling penting, Astro dah siap buat kira-kira..berepa kerat sangat Melayu yang guna Astro ? hahahaha maybe itulah gelakan mereka..Allahhuakbar !!


Kenyataan yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Datuk Dr Asyraf Wajdi menerusi akaun Facebook beliau yang mendedahkan bahawa syarikat televisyen satelit swasta Astro telah menganugerahkan satu kontrak lumayan kepada sebuah syarikat Israel, Amdocs.




Tindakan itu dikatakan kurang sensitif memandangkan sikap Israel yang ganas terhadap masyarakat Islam Palestin.

Melalui kenyataan itu, Astro mempertahankan perbuatan mereka menyerahkan kontrak lumayan tersebut kepada Amdocs.

Berikut adalah kenyataan ringkas yang dikeluarkan Jabatan Komunikasi Koorporat Astro bagi menjawab pertanyaan yang dikemukan Dr Asyraf yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO;


Amdocs merupakan peneraju pasaran global bagi perisian serta perkhidmatan untuk penyedia perkhidmatan dalam industri komunikasi, media dan hiburan.

Ibu pejabat utama syarikat ini terletak di Amerika Syarikat dan ia tersenarai di Bursa Saham NASDAQ.

Ia mempunyai lebih 20,000 kakitangan dan memberikan perkhidmatan kepada pelanggan di lebih daripada 70 negara.

Syarikat tersebut juga mempunyai pejabat dan operasi penyelidikan di seluruh dunia dan seperti kebanyakan syarikat antarabangsa lain, mempunyai anak syarikat di beberapa negara.

Astro melantik Amdocs untuk menyediakan perisian serta perkhidmatan bagi pengurusan perhubungan pelanggan dan sistem bil.

Anak-anak syarikat Amdocs yang dilantik telah diperbadankan di Ireland dan Malaysia. – Astro Corporate Comm Dept.

mynewshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger