Home » » Beranikah Kerajaan Malaysia Tutup Bank HSBC ?

Beranikah Kerajaan Malaysia Tutup Bank HSBC ?

Written By Unknown on 31/07/2014 | 5:22 pm


Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman menyeru semua pengguna bank HSBC untuk menutup akaun mereka sebagai protes terhadap bank tersebut yang menyokong Israel dalam pergolakan yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza sejak tiga minggu lalu.

HSBC dilaporkan oleh BBC, telah menutup akaun bank beberapa pertubuhan Muslim dan orang perseorangan yang membantah serangan kejam Zionis Israel.

Menulis di laman Facebook, Zaharuddin berkata, “dengan berita ini, seluruh umat Islam dan pendokong kemanusiaan DIGALAKKAN menutup akaun bank HSBC mereka, termasuk HSBC Amanah. Sebagai menyahut tindakan HSBC menutup akaun orang Islam yang terlibat dalam kempen membantah serangan kejam Zionis Israel”. – MYNEWSHUB.MY



Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger