Home » » Basmi Pengemis ; Kerajaan Tidak Pernah Zalim Kepada Asnaf !!

Basmi Pengemis ; Kerajaan Tidak Pernah Zalim Kepada Asnaf !!

Written By Unknown on 04/07/2014 | 2:03 am

kunan


pas

Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) tampil membantah keputusan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, untuk mengambil tindakan tegas terhadap peminta sedekah dan mewujudkan kawasan sifar kumpulan gelandangan.

Menggunakan sentimen rakyat miskin, simpati, tiada belas ihsan, NGO dan parti Pas cuba menunjukkan kerajaan ini zalim dan tidak berperikemanusian. Pemuda Pas Wilayah Persekutuan misalnya mendakwa kerajaan bertindak zalim kerana mengambil tindakan terhadap orang miskin pada bulan Ramadhan.

Kerajaan Zalim Terhadap Orang Miskin?

Isu ini menjadi kontroversi apabila Tengku Adnan mengumumkan akan menggubal undang-undang untuk mengambil tindakan tegas terhadap peminta sedekah dan juga mereka yang membantu peminta sedekah.


“Pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman seperti denda apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibu negara diperketat.



“Langkah itu akan dilaksana di beberapa tempat tumpuan bagi mengurangkan budaya meminta sedekah yang mencemar imej ibu negara,” katanya.

Kita tahu kebanyakan peminta sedekah ialah merupakan orang asing. Kita akan ambil satu kaedah di mana yang pemberi kita akan saman dan penerima pula akan kita ‘angkut’ kerana kebanyakan peminta sedekah ini adalah orang asing.

Kenyataan ini tiada kena mengena langsung dengan kumpulan rakyat miskin atau gelandangan yang tiada rumah dan pekerjaan tetap.

Malah dalam sidang akhbar tersebut Tengku Adnan dengan jelas menyatakan,


“Badan bukan kerajaan yang memberi makanan secara percuma kepada gelandangan juga akan ditetapkan tempatnya dan tidak boleh merata-rata tempat kerana ini akan mengundang kekotoran,” ujarnya.

Justeru adalah tidak benar dakwaaan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan dan beberapa NGO yang terbabit dengan memberi makanan kepada kumpulan gelandangan bahawa kerajaan bertindak zalim dan mahu mengambil tindakan ke atas mereka yang memberi makanan kepada gelandangan.

Masalah Pengemis

Masalah pengemis di Kuala Lumpur semakin serius. Sekarang ini boleh lihat peminta sedekah sekitar kawasan-kawasan tumpuan pelancong seperti Bukit Bintang, Jalan P Ramlee, Jalan Tuanku Abdul Rahman, dan Pudu Raya.

Mereka bukan sahaja memberi imej tidak baik kepada negara tetapi juga menimbulkan suasana tidak selesa kepada rakyat dan peniaga berhampiran.

Pengemis ini bukan sahaja mengemis di tepi jalan tetapi juga tidur dan makan di tepi jalan sehingga menyebabkan masalah kebersihan dan bau hancing.


Jika dilihat penambahan jumlah pengemis di negara ini, ia hanya menunggu masa untuk menjadi seperti di Jakarta, Manila dan Phnom Penh. Di bandar-bandar ini pengemis dan gelandangan akan berdiri di tepi jalan dan berhampiran lampu isyarat untuk meminta sedekah.

Di bandar-bandar ini adalah fenomena biasa melihat anak kecil dan ibu yang mengendong bayi berjalan dari satu kereta ke satu kereta meminta sedekah. Apakah kita mahu keadaan yang sama berlaku di Kuala Lumpur?

Sebahagian pengemis mungkin kerana miskin. Namun sudah menjadi pengetahuan umum kebanyakan pengemis di negara ini merupakan satu kerja sindiket atau kerja berkumpulan yang terbabit dengan kegiatan “underworld”.

Dengan Undang-undang baru ini, kerajaan bukan sahaja membersihkan Kuala Lumpur dari keadaan yang tidak sihat untuk masyarakat, malah menyelamatkan pengemis ini dari terus dipergunakan oleh sindiket tertentu mengaut keuntungan mudah.

Gelandangan

Kerajaan juga tidak pernah berhasrat mahu menangkap atau menghukum kumpulan orang miskin gelandangan yang tiada rumah ini. Sebaliknya, kerajaan mahu mengemaskini sistem bantuan kepada kumpulan ini.

NGO yang mahu memberi bantuan perlu menggunakan lokasi yang dikhaskan bukannya sesuka hati membuka perkhidmatan mereka sehingga menimbulkan masalah kepada masyarakat, kebersihan dan kesesakan jalan raya.

Malah DBKL telah mempunyai cadangan mewujudkan Anjung Singgah kepada kumpulan gelandangan ini bagi membolehkan mereka mendapat pemeriksaan kesihatan, mengemaskini maklumat peribadi mereka, menyediakan prasarana membersihkan diri, dan tempat tidur secara bergilir mengikut kesesuaian.

Justeru kenyataan Pemuda Pas Wilayah yang mengatakan kerajaan sebenarnya merupakan kenyataan politik bukannya hasrat mahu membantu rakyat dan pembangunan negara.

Kita tidak mahu Kuala Lumpur mengulangi sejarah Jakarta, Manila, dan beberapa bandar besar lagi yang gagal mengawal masalah pengemis dan gelandangan sehingga akhirnya bukan sahaja mewujudkan senario tidak menyenangkan, malah menimbulkan pelbagai masalah sosial lain.

Jika mereka perlukan makanan atau bantuan ia harus diberi mengikut saluran yang betul bukan melalui sedekah tepi jalan. Jika ini tidak dikawal, jumlah pengemis yang kumpulan yang mengeksploitasi pengemis akan bertambah setiap masa.

Justeru, keputusan Menteri Wilayah Persekutuan ini merupakan satu keberanian yang telah lama ditungguh oleh warga Kuala Lumpur yang sudah bosan dengan kemunculan pengemis seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger