Home » » Apa Motif Pihak Kristian Cuba Manipulasi ’10 Point Solution’?

Apa Motif Pihak Kristian Cuba Manipulasi ’10 Point Solution’?

Written By Unknown on 01/07/2014 | 7:00 am


Kes nama ‘Allah’ di dalam The Herald telah pun selesai dengan keputusan yang memihak kepada Islam. Walaubagaimanapun, pihak Kristian masih lagi cuba memainkan isu ‘Allah’ dengan bertegas untuk terus menggunakannya di dalam aktiviti keagamaan mereka.

Hujah mereka bahawa nama ‘Allah’ hanya dilarang digunakan oleh The Herald dan bukan dalam aktiviti atau percetakan lain.

Kasihan pula kita melihat pihak gereja yang tidak mampu memahami perkara semudah ini.

Faktanya, The Herald telah didakwa di mahkamah kerana melanggar undang-undang di bawah Seksyen 9, Enakmen Ugama Bukan Islam 1988 dan telah kalah dalam kes ini.

Faktanya juga, Enakmen Ugama Bukan Islam 1988 ini tidak pernah dihapuskan atau diubah yang mana bererti ia wajib dipatuhi oleh semua pihak sama ada sebelum atau selepas kes The Herald. Tidak ada sebab kenapa Enakmen ini perlu diabaikan setelah The Herald kalah di mahkamah.

Justeru, bagaimana pula pihak gereja boleh berhujah yang larangan tersebut hanya tertakluk kepada The Herald dan bukannya aktiviti atau percetakan lain?

Pihak gereja turut membawa hujah kononnya Enakmen ini telah melanggar Perkara 11 dan 11(4) Perlembagaan Malaysia yang menyatakan hak kebebasan beragama di Malaysia.

Faktanya, tidak ada satu pun ayat di dalam Enakmen Ugama Bukan Islam 1988 yang melarang penganut agama lain mengamalkan agamanya.

Penganut Kristian bebas untuk berdoa kepada Jesus atau Father atau Holy Spirit sekerap mana yang mereka inginkan. Hari Krismas adalah cuti umum bagi seluruh Malaysia. Padri Kristian bebas memakai pakaian keagamaan mereka sesuka hati di mana-mana saja. Tiada sekatan untuk mana-mana penganut Kristian untuk berkumpul di gereja pada hari Ahad.

Penggunaan nama ‘Allah’ dalam doa pula bukanlah syarat wajib dalam ibadah Kristian malah tidak pun digunakan oleh majoriti penganut Kristian di dunia.

Justeru, bagaimana pihak gereja boleh berhujah bahawa Enakmen Ugama Bukan Islam 1988 tersebut melanggar Perkara 11 dalam perlembagaan Malaysia?

Apabila tidak mampu berhujah balas mengenai perkara ini, pihak gereja merujuk pula kepada sepuluh penyelesaian atau ’10-point-solution’ yang dimaterai dengan kerajaan Malaysia pada tahun 2011.

Menurut mereka, larangan menggunakan nama ‘Allah’ dalam aktiviti Kristian dengan sendirinya melanggar syarat penyelesaian tersebut serta menuduh kerajaan sebagai berdolak dalih atau menipu mereka.

Hakikatnya, sepuluh penyelesaian itu langsung tidak menyebut nama ‘Allah’. Secara ringkasnya, sepuluh penyelesaian tersebut menyatakan bahawa:

“Injil semua bahasa boleh di-import, dicetak dan diedarkan di Sabah Sarawak dan juga Semenanjung,” dan “Injil di dalam Bahasa Malaysia untuk edaran di Semenanjung harus mempunyai perkataan ‘Christian Publication’ di kulit depan.”

10-Point Solution langsung TIDAK menyatakan kebenaran kepada penganut kristian untuk menggunakan nama ‘Allah’ bagi percetakan dan aktiviti mereka dalam apa jua bahasa selaras dengan Enakmen Ugama Bukan Islam Selangor 1988 dan tanpa melanggar Perkara 11 Perlembagaan.

Ternyata tuduhan pihak gereja bahawa kerajaan telah melanggar syarat 10 penyelesaian tersebut merupakan satu bentuk putar belit dan pembohongan yang biadap.

Pihak gereja wajar merasa malu kerana berbohong dan berdegil enggan akur kepada undang-undang. Seharusnya sebagai pemimpin agama, pihak gereja lebih sensitif dan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan keamanan, bukannya memprovokasi bagi menimbulkan ketegangan.

Apa yang dilakukan oleh pihak gereja di Selangor seharusnya memalukan seluruh penganut Kristian di dunia kerana ia memperlihatkan seolah-olah Kristian adalah agama yang merestui aktiviti dakwah secara manipulasi dan provokasi.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger