Home » , » Anwar Mengatasi Sultan Selangor?

Anwar Mengatasi Sultan Selangor?

Written By Unknown on 23/07/2014 | 2:41 pm


Negeri Selangor seolah-olah sebuah sarkas ciptaan Anwar Ibrahim. Tindak tanduk beliau yang berdasarkan kepada “nafsu” politik telah menyebabkan beliau seolah-olah terlepas pandang Perlembagaan Selangor. Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri telah menetapkan tatacara yang khusus bagi pelantikan atau penggantian menteri besar.
Namun bagi manusia yang hanya bertindak berasaskan “tepuk dada tanya selera” maka semua perundangan dan hukum hakam rela dilanggar dengan sewenang-wenangnya. Oleh itu tindakan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih isterinya yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor baharu jelas menunjukkan bahawa beliau seorang yang tidak memahami perlembagaan negeri.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger