Home » » Air Algerie AH5017 Disahkan Terhempas

Air Algerie AH5017 Disahkan Terhempas

Written By Unknown on 25/07/2014 | 12:15 am

ALGIERS 24 Julai - Pesawat penumpang Air Algerie AH5017 yang membawa 116 penumpang dan anak kapal disahkan terhempas selepas hilang dari radar di ruang udara Mali, pada pukul 1.55 petang (GMT).

"Sayamengesahkan pesawat itu terhempas," kata seorang pegawai penerbangan Algeria kepada Reuters. Bagaimanapun, beliau tidak memberikan butiran lokasi dan bagaimana kemalangan itu berlaku.

Pesawat milik Swiftair, syarikat penerbangan swasta dari Sepanyol itu dikendalikan oleh syarikat penerbangan Air Algerie di Algeria dengan kapasiti 110 penumpang dan enam anak kapal.

Radar penerbangan tidak dapat mengesan AH5017 selepas 50 minit ia berlepas dari lapangan terbang Ouagadougou di Burkina Faso iaitu pada pukul 1.55 petang (GMT) dan sepatutnya mendarat di sini pada pukul 5.10 petang (GMT). - AGENSI

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger