Home » » 200 Jemaah Terawih Di Rompak

200 Jemaah Terawih Di Rompak

Written By Unknown on 10/07/2014 | 5:26 pm

Lebih 200 jemaah beragama Islam yang sedang menunaikan solat terawih di sebuah masjid di bandar Johannesburg, Afrika Selatan telah diserang dan dirompak oleh kumpulan perompak bersenjata yang menyerbu masjid. Rompakan itu berlaku di masjid yang terletak di antara jalan President dan Von Brandis di daerah Joburg.

Enam orang perompak masuk ke dalam masjid semasa jemaah menunaikan solat terawih dan juga mengambil kotak derma masjid. Jumlah umat Islam sekitar 1.5 peratus daripada 49 juta penduduk Afrika Selatan.

Perompak mengarahkan mereka memeriksa saku setiap jemaah dan mengambil semua barang-barang berharga, seperti wang dan telefon bimbit. Seorang jemaah, Sadick , mengatakan tidak terkejut dia dirompak di dalam masjid.

Menurutnya, di negara itu sesiapapun boleh dirompak di mana sahaja dia berada. Para perompak hanya mahukan wang, mereka tidak peduli sama ada orang-orang yang mereka sasarkan berada di tempat yang suci.

Selepas kes rompakan itu, masjid memutuskan untuk mengupah seorang pengawal keselamatan di malam hari. Walaupun telah dirompak semasa sedang menunaikan solat, namun para jamaah tetap bertekad untuk datang ke masjid.

Sumber

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger