Kewibawaan Wan Azizah sebagai Adun Kajang makin tercalar sejak perlantikan beliau pada 7 April lalu di depan speaker selepas memenangi Pilihan Raya Kecil Kajang. Dalam keadaan tidak ada satu pun manifesto dan janji dalam PRK Kajang yang telah ditunaikan, Wan Azizah sekali lagi memalukan diri sendiri dan rakyat Kajang dalam Sidang DUN Selangor.
Mungkin Wan Azizah terlebih bersemangat atau kurang cerdik sehinggakan beliau mengemukakan 10 soalan bertulis kepada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Namun yang cukup memeranjatkan apabila kesemua 10 soalan yang dikemukakan secara bertulis itu telah ditolak berikutan ia tidak mengikuti prosedur ditetapkan.
Post a Comment