Home »
BeritaUtama
» Terkini ; Kerana Lesen, Restoran "Nasi Beratur" Penang Bakal Di Tutup
Terkini ; Kerana Lesen, Restoran "Nasi Beratur" Penang Bakal Di Tutup
Restoran Nasi Kandar kegemaran ramai di Pulau Pinang dan negeri lain – Line Clear bakal ditutup??
Itulah yang disebut dalam kenyataan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) ke atas restoran sangat terkenal yang sudah beroperasi lama hanya di sebuah lorong kecil di Jalan Penang di Georgetown.
Ia bakal ditutup difahamkan bukanlah kerana isu kebersihan atau sebagainya tetapi kerana isu lesen, menurut laporan The Malaysian Insider.
Isu lesen itu pula bukan kerana mereka tidak dilesenkan tetapi ia timbul kerana pertelingkahan dalam kalangan empat anggota keluarga pemilik perniagaan itu yang sebelum ini telah membuat perjanjian untuk bergilir-gilir menguruskannya.
Sehingga kini restoran itu dikendalikan oleh Abdul Hamid Seeni Pakir, tetapi ahli keluarganya hanya membenarkan beliau mengendalikan operasi sehingga 2011 sahaja.
Selepas tempoh itu, ia sepatutnya diserahkan kepada sepupunya Sahubarali China Mohd Hanibah tetapi ia tidak dilakukan.
“Kami akan berbincang dengan pihak yang berkepentingan dalam masa dua minggu ini.. Jika gagal, kami terpaksa mengambil tindakan supaya perjalanan perniagaan itu berjalan mematuhi undang-undang.
“Kami akan mengambil alih premis itu dengan mengosongkannya untuk menyusun semula premis perniagaan sejajar dengan peratuan MPPP,” kata Pengarah Perlesenan Azman Sirun.
Sejarah restoran Line Clear sudah bermula kira-kira separuh abad yang lalu.
Pekerja restoran itu akan melaungkan “Line Clear” untuk memberitahu mereka bersedia untuk pelanggan seterusnya yang sedang beratur.
Line Clear begitu popular dalam kalangan pengunjung tempatan mahupun dari luar Pulau Pinang yang inginkan makanan mamak.
Sahubarali dan dua lagi pemegang lesen, Abdul Latiff Thulkarunai dan Pathumah Iskandar bersama pihak MPP mengadakan satu sidang media berkenaan isu itu hari ini.
Ketiga bersaudara itu, memperoleh lesen dari MPPP pada 2012 untuk mengendalikan perniagaan nasi kandar, minuman dan roti canai di Line Clear tetapi mereka tidak boleh meneruskannya kerana Hamid masih lagi beroperasi di situ.
Menurut Hamid pula, perniagaan Line Clear diasaskan oleh Allahyarham bapanya S.N Seeni Pakir yang datang dari India.
Ketika bapanya kembali ke India, restoran itu dikendalikan oleh pakciknya kerana beliau dan adik-beradiknya masih kecil pada ketika itu.
Keputusan untuk membenarkan ahli keluarga bergilir-gilir mengendalikan perniagaan itu dibuat ketika bapanya tidak berada di Malaysia, apabila beliau pulang, sistem itu tidak dipersetujui.
“Ayah saya meninggal dunia pada tahun 1971 dan gagal menghentikan sistem itu, sistem itu terus digunakan,” katanya.
Hamid yang berusia 76 tahun sudah pula mengendalikan perniagaan itu sejak 1989. Hari ini, dia menjalankan perniagaan itu bersama dengan saudara mara dari pihak keluarga mereka.
Beliau beliau pernah cuba mendapatkan lesen pada 2009 tetapi gagal.
“Entah bagaimana, tiga daripada mereka berjaya mendapat lesen pada 2010 saya rasa.. Kami tidak akan berganjak dari sini dan menyerahkan isu itu kepada para peguam mereka,” katanya. - MYNEWSHUB.MY
Post a Comment