06/06/2014

Terkini : Foto Meriam Ibrahim Di Jatuhkan Hukuman Mati Kerana Murtad !!


Sudan – `Dia patut dihukum’ itu jawapan abang kepada seorang wanita, Meriam Ibrahim, yang dikenakan hukuman sebat 100 kali dan hukuman mati kerana murtad dengan memeluk kristian.

Abangnya, Al-Samadi Al Hadi berkata, jika adiknya itu bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam, maka mereka sekeluarga akan menerimanya.

“Namun jika dia ingkar, maka dia perlu dihukum,’’ katanya.

Meriam dijatuhkan hukuman berkenaan selepas menukar agama dan berkahwin dengan seorang lelaki dari Amerika Syarikat.

Dia yang juga seorang doktor telah dipenjarakan pada bulan September lalu dan dihukum mati kerana murtad dan dianggap berzina selepas berkahwin dengan Daniel Wani pada 2011.

Daniel, seorang lelaki Sudan beragama Kristian, memegang kerakyatan Amerika Syarikat dan menetap di Manchester, New Hampshire.


Meriam dipenjarakan bersama anak lelakinya yang berusia 18 bulan dan dia turut melahirkan seorang bayi pada minggu depan.

Peguamnya kini sedang mengemukakan rayuan dan dalam masa yang sama, Meriam enggan kembali ke agama Islam.

Dia mempertahankan bahawa selama ini dia dibesarkan dengan cara kristian, selepas bapanya meninggalkan mereka ketika dia masih kecil.

mynewshub

No comments:

Post a Comment