06/06/2014

DAP Bos Mat Sabu?

Kita tahu bahawa Mat Sabu ataupun Mohamad Sabu adalah Timbalan Presiden PAS. Beliau disebut-sebut sebagai orang yang bakal menggantikan Hadi Awang sebagai Presiden PAS dalam masa yang terdekat ini memandangkan Hadi Awang telah jatuh sakit dan dimasukkan ke wad di Istanbul.
Perjuangan PAS yang digembar-gemburkan selama berpuluh tahun ini kononnya semata-mata untuk memastikan perlaksanaan hudud PAS direalisasikan. Ini antara perkara yang membuatkan kita menjadi agak keliru kerana sekiranya Mat Sabu mengambil alih pucuk pimpinan PAS dari Hadi Awang maka persoalannya adakah hudud PAS akan terus menjadi perjuangan parti yang kononnya amat Islamic ini?

No comments:

Post a Comment