Penduduk rumah pangsa di Taman Semarak, Nilai, tempat remaja OKU, Muhamad Firdaus Dullah, 15 dikurung mendakwa ada mendengar tangisan mangsa pada waktu malam.
Namun, rata-rata penduduk yang berkata mereka tidak menyangka bahawa ia datangnya dari Muhamad Firdaus.
Antara jiran yang ditemui Astro AWANI memberitahu bahawa mereka hanya mengetahui keadaan Muhamad Firdaus setelah keluar berita mengenainya.
Ada beberapa kanak-kanak yang mengenali Muhamad Firdaus turut mengakui bahawa mereka pernah terlihat mangsa memanggil dan menangis dari tingkap rumah, ketika mereka sedang bermain bola di padang flat berkenaan, lapor Astro Awani.
Tidak Kalah
Post a Comment