Home » » Selangor : Umnno Tarik Balik Usul Hudud

Selangor : Umnno Tarik Balik Usul Hudud

Written By Unknown on 13/06/2014 | 8:12 pm

KENYATAAN MEDIA “PENARIKAN BALIK USUL HUDUD” Yb. Dato Mohd Shamsudin Lias (Ketua Pembangkang Dun Selangor )

1.  ADUN Barisan Nasional, Sungai Air Tawar telah menghantar satu usul ke Dewan Negeri “Mengkaji Kebarangkalian Pelaksanaan Hudud di Selangor” pada 30 Mei 2014.

2.      PreCouncil ADUN BN pada 12 Jun membincangkan dengan terperinci usul tersebut dan memutuskan untuk menarik balik usul yang dikemukakan pada 13 Jun 2014.

3.      Ini kerana “hudud” adalah agenda utama PAS dalam kempen mereka meraih undi untuk mendapatkan kuasa politik bagi menubuhkan “Negara Islam” ala PAS sejak penubuhannya hingga kini. Maka itu adalah menjadi tanggungjawab PAS Selangor sepenuhnya untuk merintis dan melaksanakan apa-apa juga tindakan termasuk “kajian kebarangkalian pelaksanaan” ke arah pelaksanaan hukum tersebut di Selangor.

4.      Usul ini walaupun ditarik balik, seharusnya menjadi peringatan (wake up call) kepada PAS khususnya PAS Selangor akan tanggungjawab dan akauntabiliti mereka terhadap janji-janji mahu melaksanakan hudud.

5.     Kajian keberangkalian yang objektif dan empirikal ini, harus menilai antaranya - persepsi dan penerimaan rakyat Selangor yang majoritinya orang Islam terhadap hudud, halangan perundangan dan enekmen sedia ada, kesediaan pihak penguatkuasa, pendakwa dan mahkamah syariah, aspek-aspek teknikal – pembuktian, pendakwaan dan hukuman, pengalaman pelaksanaan hudud di negara-negara lain serta cadangan penambahbaikan dan fasa pelaksanaannya.

6.     Soal “mandat PAS di Selangor tidak mencukupi” tidak timbul, kerana PAS boleh berbincang dan mendapat sokongan dari Barisan Nasional – UMNO dan ADUN Islam dari PKR. Dengan jumlah 15 kerusi PAS, 12 BN/UMNO dan 10 orang ADUN Islam dalam PKR, menjadikan jumlah 37 Ahli Dewan Negeri sudah cukup kuat untuk melaksanakan sebarang langkah ke arah pengenalan hudud di Selangor. Namun “kosong” - tiada sebarang usaha dilakukan walaupun sudah 6 tahun ada kuasa politik di Selangor.

Jika PAS Selangor tidak mengambil apa-apa langkah yang signifikan ke arah pelaksanaan hudud di Selangor selepas ini, maka jelaslah PAS bersikap hipokrit, menipu pengundi mereka dan diri sendiri, tidak serius, lebih takut terjejasnya tahaluf siasi mereka dalam Pakatan berbanding janji-janji dalam kempen politik mereka.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger