07/06/2014

Selangor : Foto Mati Di Tembak Selepas Berdoa

Niat seorang suami pergi ke kuil bagi mendoakan isteri selamat melahirkan anak sulung berakhir tragedi selepas ditembak mati dalam kejadian di hadapan sebuah kuil di Jalan Bandar 3, Puchong.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa A Ragan,31, yang menjalankan perniagaan kedai bunga di Puchong dan Klang itu cedera di bahagian kepala dan badan.

Anak saudara mangsa, Kalidasan Parmasivam, 15, berkata ketika kejadian dia, mangsa dan neneknya baru selesai bersembahyang bagi mendoakan keselamatan isteri mangsa.

Katanya, isteri mangsa yang mengandung anak sulung itu sudah dimasukkan ke wad dan dijangka bersalin esok.

"Ketika kami bertiga berjalan ke arah kereta, saya nampak seorang lelaki berpakaian serba hitam berlari ke arah pakcik (mangsa) dari arah belakang.

"Secara tiba-tiba dia melepaskan tembakan yang mengenai pakcik sebelum dia jatuh dan kesempatan itu digunakan suspek berjalan ke arahnya sebelum tembak sekali lagi di bahagian kepala dari jarak dekat," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, dia menjerit meminta tolong namum tiada sesiapa berani mendekati mereka dan dia nampak suspek lelaki itu berlari ke arah lebuh raya dan menghilangkan diri.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razimi Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Utaranews

No comments:

Post a Comment