AMPANG – Polis kini memburu seorang lagi suspek warga emas yang bekerja sebagai pemandu teksi dipercayai terlibat dalam beberapa siri kes rogol.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, pemandu teksi berusia 54 tahun itu merupakan perogol bersiri sejak Ogos lalu dan sekurang-kurangnya enam remaja telah menjadi mangsanya.
Abdul Jalil berkata, suspek menggunakan taktik mempelawa mangsa terutamanya pelajar sekolah menaiki teksinya sebelum berpura-pura mengajak mangsa pulang ke rumahnya di Taman Muda kononnya untuk mengambil barangnya.
Terdahulu, dua pelajar berusia 15 tahun dan 16 tahun menjadi mangsanya dalam kes berasingan.
“Mangsa diajak pulang ke rumah dan ketika berada di rumah tersebut lelaki itu menggugutnya untuk membuka baju.
“Mangsa yang ketakutan terpaksa menuruti perintah suspek dan lelaki itu merakamkan gambarnya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, semalam.
Abdul Jalil berkata, beliau percaya pemandu teksi itu dibantu oleh seorang lagi rakannya yang kini masih bebas.
Bagaimanapun, tembelang pemandu teksi itu pecah apabila salah seorang mangsa mengadu kepada kakaknya dan membuat laporan polis pada Sabtu lalu.
Hasil risikan polis, lelaki itu ditahan dihadapan Berjaya Times Square pada Isnin lalu jam 9 malam sewaktu sedang menunggu penumpang.
Menurutnya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Foto hiasan
sumber : paapaada
No comments:
Post a Comment