Hari ini, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan menerusi undian 4-3 menghalang The Herald, majalah Katholik menggunakan kalimah ALLAH di dalam penerbitan berbahasa Melayu mereka. Sekaligus perintah tersebut turut menghalang Katholik daripada menggunakan kalimah tersebut bagi sebarang penerbitan dan atas apa juga tujuan.
Sudah ada yang merungut, kononnya sudah berdekad-dekad kalimah ALLAH digunakan di Borneo dan tiada sebarang konflik berlaku.
Benar, tiada sebarang konflik kerana masing-masing tahu batas dan sempadannya. Yang menjadi masalah ialah apabila DAP yang melantik diri mereka sebagai CRUSADERS memekik-mekik dan berkempen secara terbuka agar kalimah ALLAH dibenarkan guna di dalam Bible berbahasa Melayu dan Perlembagaan Persekutuan perlu diubah untuk memuaskan hati DAP.
DAP berbuat begitu dalam usaha untuk mendapatkan sokongan mutlak daripada para penganut Katholik dan menampilkan diri parti tersebut sebagai pejuang Kristian dan Crusaders yang akan menghancurkan UMNO dan Barisan Nasional yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara ini.
Sedar dengan kekalahan di mahkamah, DAP menerusi akar umbi mereka terus bertindak membelakangi Perlembagaan, walaupun pada masa yang sama, DAP jugalah yang berlakon kononnya mereka terpaksa melakukan kekacauan dan menimbulkan konflik untuk memelihara Perlembagaan.
Di Green Garden, Paya Terubong, Pulau Pinang, DAP cuba menimbulkan masalah dengan sebuah surau menerusi 'pemberitahuan' bahawa daripada 2,222 buah rumah di Green Garden, majoriti penduduk di situ adalah orang Cina. Justeru, minoriti lain tidak berhak ke atas kawasan tersebut dan orang Cina boleh berbuat apa-apa sahaja di situ.
Dan seperti biasa, masalah yang ditimbulkan oleh sebuah surau di kawasan majoriti Cina seperti yang terkandung di dalam surat tersebut adalah, BUNYI BISING, gangguan kepada ibu bapa yang sudah tua dan anak-anak kecil.
Masalah sebegini hanya timbul apabila DAP mempunyai banyak kerusi. Sebelum ini, ketika DAP hanyalah sebuah parti yang menguasai kurang dari 10 kerusi di Parlimen, toleransi seringkali dilaung-laungkan. Semangat muhibbah dan saling memahami seringkali ditekankan kepada orang Melayu-Islam yang menjadi majoriti dan pembuat keputusan.
Tetapi bermula dari tahun 2008, tatkala DAP sudah semakin kuat, masalah-masalah sebegini kerap kita temui. Bahkan Ahli Parlimen Kota Kinabalu yang minggu lepas diajar oleh Abdul Azeez Rahim, Ahli Parlimen Baling sehingga ke lobi Parlimen, secara berterus-terang menentang pembinaan sebuah surau di kawasan yang diwakilinya dengan alasan surau tersebut akan membuatkan jalan raya sesak dan menimbulkan suasana bising dan tidak tenteram kepada masyarakat majoriti Cina di situ.
Sumber :
http://selangorchronicle.blogspot.com/2014/06/dap-pulau-pinang-sambut-kekalahan.html?m=1
No comments:
Post a Comment