Pakatan Rakyat (PR) adalah sebuah parti politik yang berbentuk ‘trinity’ atau tiga dalam satu seperti konsepTuhan Kristian. Setiap dari parti sekutu dalam PR mempunyai pemimpin tertinggi masing-masing iaitu mempunyai kuasa ke atas dan setakat di dalam partinya sendiri. Bagi membolehkan pakatan ini mempunyai kedudukan yang setara bagi menentang BN, maka ia melantik seorang pemimpin tertinggi yang dinobatkan sebagai bakal Perdana Menteri sekiranya PR berjaya memenangi PRU nanti.
Sebagai personaliti yang dilihat mampu menjadi orang tengah di antara ketiga-tiga parti, maka Anwar Ibrahim dilantik menjadi pemimpin tertinggi itu, sekali gus Ketua Pembangkang, sesuai dengan ‘jawatan’ bakal Perdana Menteri. Dalam kata lain, Anwar bolehlah disifatkan sebagai kuasa mutlak seperti ‘Holy Spirit’ dalam konsep trinity pakatan.
Justeru, segala soal pengurusan, hala tuju mahupun setiap aktiviti PR pasti mendapat restunya kalau pun tidak arahan darinya. Anwar sebagai bakal PM, wajib mempunyai kawalan ke atas segala apa yang berlaku dalam PR.
Malangnya, ini tidak berlaku sama sekali. Anwar terbukti tidak mampu mengawal partinya sendiri, apatah lagi keseluruhan PR sebagai satu pakatan. Malah, pemilihan parti PKR juga berlangsung dalam keadaan luar kawalan, ganas, malah, gila! Lebih teruk lagi, ia bukanlah pertama kali atau berkali-kali, tetapi setiap kali!
Pemilihan di Kuala Langat baru-baru ini menyaksikan jangankan kerusi tetapi kepala orang juga turut pecah. Apa yang menarik, ini bukanlah pemilihan pertama tetapi kedua dan masih lagi terdapat ketidakpuasan hati terhadap sistem pemilihan sehingga membawa kepada pergaduhan.
Kita tidak faham bagaimana proses mengundi yang mudah sahaja boleh menjadi begitu kecoh? Sekurang-kurangnya, pemilihan CEC DAP kecoh kerana tidak pandai mengira undi, bukannya tidak pandai membuang undi. Tetapi pemilihan PKR kecoh sejak dari kempen sehinggalah membuang undi, belum lagi mengira undi.
Kita percaya kekecohan ini akan berterusan sehingga undi dikira dan dimuktamadkan nanti. Tidak mustahil ‘sessi keluar parti’ akan menyusul selepas itu sepertimana yang berlaku pada era Zaid Ibrahim mencuba nasib di dalam PKR dahulu.
Soalnya, kenapakah terdapat ketidakpuasan hati terhadap sistem pengundian? Kenapa kelemahan yang dirungutkan tidak diatasi biarpun pengundian telah dijalankan berkali-kali? Kenapa perlu mengulangi kesilapan dan kesalahan yang sama? Apakah ia disengajakan? Atau sememangnya para petugas tidak tahu bagaimana untuk mengadakan pemilihan? Atau apakah ia sebenarnya arahan dari pemimpin atasan?
Apa yang berlaku dalam pemilihan PKR bukan lagi perkara kecil tetapi besar dan amat memalukan. Kita hairan masih ada lagi penyokong yang terus menyokong PKR walaupun ternyata parti itu adalah parti paling haprak dalam sejarah politik sepanjang zaman. Apa jenis manusia yang sengaja menafikan kegilaan yang jelas di depan mata?
Kegilaan pemilihan PKR sebenarnya adalah cerminan kegilaan Anwar Ibrahim. Kata orang, bagaimana pemimpin, begitulah partinya. Jika pemimpinya lemah, lemahlah partinya. Jika pemimpinnya gila, maka gilalah partinya.
Memandangkan Anwar juga adalah Ketua Pembangkang negara ini maka sedikit sebanyak, kegilaan beliau turut ditempiaskan kepada pentadbiran negara. Namun, apa yang lebih ‘menakutkan’ lagi ialah Anwar juga merupakan ‘bakal Perdana Menteri PR’.
Rakyat Malaysia tentunya sudah gila jika sanggup melantik seorang yang tidak mampu mengurus dan mengawal parti sendiri untuk mengurus dan mengawal negara ini. Telah terbukti kini bahawa satu-satunya yang Anwar mampu kawal ialah isterinya, si boneka berasal dari Korea, berwajah Cina bertudung dengan kipas sentiasa di tangannya.
Seluruh rakyat Malaysia wajar merasa malu mempunyai Ketua Pembangkang seperti Anwar. Seharusnya PR dan PKR, terutamanya, merasa jauh lebih malu lagi.
Sudah sampai masanya PR menolak Anwar dan juga keseluruhan kroni dan keluarganya. Selagi keluarga dan kroni Anwar berkuasa, selagi itulah PKR akan berhadapan dengan pemilihan yang gila akibat terpaksa mengikut rentak manusia gila kuasa.
Malaysia-instinct
No comments:
Post a Comment